27 January, 2012

Tazkirah Jumaat : Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat

Sebagai umat Islam, terutamanya kaum lelaki, sudah pasti faham benar dengan ayat ke 9 daripada Surah Al-Jumaah seperti di bawah :

yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Menunaikan Solat Fardhu Jumaat itu wajib. Maka, jika meninggalkannya sudah tentulah memberikan kesan negatif kepada individu Muslim dan juga kepada masyarakat Islam di sesuatu kawasan.

Berikut saya petik huraian mengenai ancaman meninggalkan Solat Jumaat yang diambil dari laman web JAKIM. Boleh rujuk di sini.

Hadith :
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika Baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: "Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?"
 
Huraian Hadith :
Meninggalkan Solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana Solat Jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. 
 
Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. 
 
Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.
 
 
 

6 maklum balas:

Shaiful Zaidi said...

salam...info yg menarik sebagai renungan utk muhasabah diri pd pg Jumaat.

Hisyam Muhibah said...

Shaiful Zaidi - Jumaat hari produktif ibadah dan ilmu

Yastro said...

Alhamdulillah...satu lagi jumaat yg dah berjaya ditunaikan bersama anak2...

LIPISLADY said...

Sallam En. Hisyam,

Ada juga yang buat tak tau aja bila dengar azan, ada juga yang sengaja melambat-lambatkan ke masjid sebab tak mau dengar khutbah..

LIPISLADY said...

En Hisyam , kalau nak komen yang ada reply, tukar ke format yang baru masa kita nak buat entry baru, ada juga yang menukar menggunakan HTML, saya tak berapa pandai

ozzy said...

Assalam..

Itulah caranya mrk membuat provokasi terhadap umat islam & mrk akan terus menghina utk membangkitkan kemarahan umat islam

Post a Comment

Powered by Blogger.