25 February, 2012

Fenomena Baru Program Dakwah & Majlis Ilmu




Semenjak dua menjak ini kita melihat dan merasai fenomena baru dalam masyarakat. Fenomena tersebut ialah kehadiran ramai orang ke majlis-majlis ilmu dan program dakwah. Ini satu perkara yang sangat baik! Sangat osem!!


Ternyata, faktor figura datang dahulu sebagai pertimbangan kehadiran. Diikuti faktor metodologi penyampaian yang segar, unik dan lebih sesuai dengan audien. Kemudian, barulah faktor pengisiannya yang dipertimbangkan. Mungkin telahan saya ini salah, sebab hanya berlegar di sekitar persepsi tanpa bukti.

Walau apa pun, fenomena ini perlu dipastikan momentumnya kekal lama. Ini kerana kehadiran yang ramai membuktikan sokongan terhadap majlis ilmu dan dakwah. Insya Allah, isi-isi dakwah sampai juga ke hati dan minda audien walaupun sedikit sahaja.

Maka, audien pula haruslah bermuhasabah juga. Hadir ke majlis ilmu bukan semata-mata minat kepada figura yang membuat pembentangan semata-mata. Yang penting pertambahan ilmu pada setiap kehadiran.

Elok juga kita perhatikan samada audien yang hadir lebih banyak mencatat isi-isi ceramah atau lebih banyak mengambil gambar semasa dan selepas ceramah.

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.