16 February, 2012

WRS Bukan Lagi Grup FB Semata-Mata, Akan Anjurkan Forum Muqarrabin


Warga Raub Sejahtera (WRS) --- sebuah grup FB yang menjadi grup alam nyata -- dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Raub dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Pahang akan menganjurkan Program Forum Muqarrabin Maulidur Rasul "Rasulullah - Qudwah Sepanjang Zaman" pada 21 Februari nanti bermula dari jam 8.30 malam di padang Dataran Raub.

Sehubungan itu, WRS mempelawa semua ahli dan warga Raub atau individu lain (yang berhajat) menyalurkan derma bagi melancarkan aktiviti ini, dengan memasukkan sumbangan anda ke akaun BANK ISLAM di atas nama PROGRAM FORUM PERDANA MAULIDUR RASUL RAUB. Nombor akaun 06-046-02-023759-8. Keikhlasan anda didahului dengan setinggi penghargaan dan iringan doa semoga mendapat ganjaran DI SANA nanti.

WRS kini bukan lagi grup FB di laman sosial semata-mata, ianya benar-benar sudah 'transformed' menjadi grup alam nyata atas berkat komitmen dan kesungguhan ahli-ahlinya. Program Forum Muqarrabin ini adalah program ke 4 mereka selepas Kenduri Raya Korban, Bubur Asyura dan Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi Warga Sejahtera Raub Berhad.

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.