09 March, 2012

Laman Sosial Hanyalah Alat, Bukan Matlamat. WRS Sudah Buktikan

Panelis Forum : Ustaz Hamdan Yusi, Ustaz Norhamizi & Al-Fadhil Qadhi Daerah Raub
Laman Sosial menjadi fenomena pada masa kini. Di Malaysia sahaja, sebanyak 12,267,720 akaun Facebook yang aktif. Jumlah ini bersamaan 46.89% daripada keseluruhan populasi rakyat Malaysia. Ini menjadikan Malaysia pada kedudukan ke 17 negara-negara dalam dunia paling ramai pengguna Facebook.

Namun, kita mestilah sentiasa beringat dan bermuhasabah. Semua laman sosial hanyalah alat untuk membantu menguruskan kehidupan. Alat boleh bersilih ganti. Apabila suatu masa nanti jika fenomena laman sosial sudah berakhir, maka kita akan gunakan alat yang lain pula untuk membantu kehidupan.

Masalah akan timbul jika alat bertukar menjadi matlamat kehidupan. Laman sosial yang dijadikan matlamat hidup akan menjurus kepada kerosakan. Hidup seharian hanya dihabiskan untuk memenuhi kehendak laman sosial. Sehinggakan, ajaran agama, suruhan dan larangan tidak lagi diendahkan.

Urusetia program bergambar selepas forum selesai.
Contoh yang boleh diambil untuk menyatakan bahawa laman sosial hanyalah alat dalam kehidupan adalah Group FB Warga Raub Sejahtera (WRS). Sudah ada beberapa entri mengenai WRS dalam blog ini, kerana ianya sangat relevan untuk dibincangkan. Bermula sebagai sebuah Group FB di alam maya, ianya sudah transformed menjadi kumpulan pengguna FB di alam nyata.

Jika sudah sampai peringkat WRS mampu menganjurkan Forum Muqarrabin di Dataran Raub, tentulah Facebook digunakan sebagai alat kehidupan untuk mencapai matlamat kehidupan. Medan FB dijadikan tempat perbincangan dan persepakatan, kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk tindakan di alam nyata. Maka, di sinilah kelihatan jelas, laman sosial hanyalah alat bukan matlamat hidup.

3 maklum balas:

LIPISLADY said...

Assalamualaikum En Hisyam,

Alhamdulillah kalau digunakan untuk perkara yang baik, ada juga yang menubuhkan kumpulan untuk aktiviti yang kurang baik, aktiviti sosial yang terlampau, pergaulan yang terlampau.

APAN said...

tahniah bro...kena ada komitmen dari ramai ahli gak kan kalau nak wat aktiviti mcm ni.kalau yg lain x beri support pyh nak menjadi ni.tahniah...

smart gamba profile fb tuh :)

IQ-BALL said...

Terima kasih kpd saudara M. Hisyammudin diatas bingkisan saudara berkenaan program Forum Muqarrabin 2012 di Dataran Raub.

Post a Comment

Powered by Blogger.