05 April, 2012

Akronim Bahasa Dan Maknanya



Seringkali kita berjumpa dengan perkataan-perkataan yang sudah menjadi akronim. Di sebalik perkataan tersebut ada satu frasa yang lebih panjang bagi menjelaskan maksudnya dengan lebih mendalam.

Di antaranya yang saya ketahui :
  1. Pawagam - panggung wayang gambar
  2. Kugiran - kumpulan gitar rancak
  3. Berdikari - berdiri di atas kaki sendiri
  4. Kidal - kiri dari lahir
Teknik ini memang diguna pakai secara meluas di negara Indonesia. Frasa-frasa yang panjang memang berjaya dipendekkan dan diguna oleh semua rakyat Indonesia.
Di Malaysia tidaklah pula meluas penggunaannya, namun ada sebilangannya yang diterima pakai dalam tata bahasa kita. Jika anda mengetahui lebih banyak (yang digunakan dalam Bahasa Melayu  negara Malaysia), silalah kongsikan bersama.

2 maklum balas:

Nafisa81 said...

akronim yg jahat sikit..andartu=anak dara tua..

Hisyam Muhibah said...

Nafisa - ooh ye jugak.. TQ.. keh tamboh dalam entri tu ..

Post a Comment

Powered by Blogger.