15 April, 2012

Keputusan Kajian Persepsi - BN Menang PRU13; Tidak Pasti Sangat Ramai


Saya mengajak anda semua untuk meneliti keputusan Kajian Persepsi Terhadap Politik Malaysia Dan Kepimpinan Menuju PRU13 yang dikendalikan Centre For Democracy And Election Universiti Malaya (UMCEDEL).

Hasil kajian boleh dilihat dan dimuat turun di http://umcedel.um.edu.my/

Kajian yang dilakukan pada 25/10/2011 sehingga 15/12/2011 itu telah melibatkan seramai 2,559 responden. Maklum balas responden diperolehi secara face-to-face atau temuduga dan bukan secara isi borang soal selidik seperti yang selalu kita lihat.

Hasil yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan persepsi rakyat terhadap PRU13 ialah BN akan menang (43%), manakala hanya 18% mempunyai persepsi PR akan menang. Tetapi peratusan yang Tidak Pasti adalah 39%.

Kita tolak tepi dahulu sapa yang menang, siapa yang kalah. Elok kita tumpukan kepada 39% yang berpersepsi Tidak Pasti terhadap parti mana yang akan memenangi PRU13.

Jumlahnya sangat besar. Mereka yang tidak pasti ini mengambarkan mereka adalah pengundi atas pagar. Mereka tidak dipengaruhi oleh pendirian "party first, candidate next, discuss next" sebagaimana yang sudah mengakar dalam pemikiran ahli-ahli parti politik. Mereka menilai tawaran-tawaran yang dibuat oleh semua parti bertanding. Bermakna, menjelang PRU13 nanti, baharulah mereka membuat pendirian untuk memilih parti yang mana untuk diundi.

Jika itu keadaannya, kita tidak perlu bimbang sangat.

Tetapi, jika peratusan Tidak Pasti yang tinggi ini menggambarkan mereka yang tidak mengambil kisah mengenai politik negara dan pemilihan kerajaan yang memerintah, itu sangat-sangat membimbangkan! Mereka tidak mahu terlibat memikirkan hal pilihanraya, tidak mendaftar sebagai pemilih, tidak terlibat dalam diskusi pembangunan negara, tidak menyumbang dalam demokrasi yang matang.

Akhirnya, demokrasi yang kita perjuangkan ini akan terencat. Perlu diingat, demokrasi bermaksud "hak rakyat untuk menaikkan sesebuah kerajaan atau menurunkan sesebuah kerajaan melalui proses pilihanraya yang adil".

3 maklum balas:

APAN said...

aku dan mendaftar mengundi...tengok la mcm mana nanti. harap kemenangan diberikan kpd pihak yg sepatutnya :)

kai said...

x taw nk pilih parti yang mana..
dua2 xde turun padang pon...
time nk undi baru la nk nampak muka kot...


- encikkai.com -

Nafisa81 said...

first time nak ngundi wpun dah tua bangka...teruja nih!

Post a Comment

Powered by Blogger.