24 April, 2012

Menangani Suasana Baru Kampus Pasca Pindaan AUKU 2012


Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (AUKU) diluluskan selepas dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen minggu lepas dengan membenarkan para pelajar universiti yang memegang jawatan dalam parti politik, turut dibenarkan terlibat dalam pilihan raya kampus.

Seksyen 15 AUKU yang selama ini dilihat mengongkong mahasiswa sudah dipinda. Ini bermakna, ruang untuk mahasiswa berpartisipasi dalam urusan pembangunan negara menjadi lebih luas.

Suasana baru akan dapat dilihat selepas ini apabila mahasiswa boleh memegang jawatan dalam parti politik. Bermakna mahasiswa mungkin boleh menjadi calon pilihanraya dan menang, seterusnya bergelar YB.

Dalam masa yang sama, mahasiswa yang terlibat dalam politik ini juga boleh memegang jawatan dalam persatuan atau kelab di dalam kampus.

Pandangan saya, universiti dan jentera pentadbirannya mestilah kekal teratas dalam peringkat autoriti mengurus hal ehwal mahasiswa. Walaupun mahasiswa tersebut seorang YB, seharusnya mereka tidak 'above the law' yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Tidak wajar jika mahasiswa dan parti politik yang diwakili bertindak menekan pengurusan universiti semata-mata untuk tidak menyertai program yang ditetapkan universiti mahupun untuk membawa masuk program-program politik ke dalam kampus.

Selain itu, pihak pengurusan universiti juga perlu mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi susana baru yang akan berlaku ini. Pegawai-pegawai di bahagian HEP terutamanya perlu lebih bijak dan mempunyai pendidikan politik pada tahap yang baik bagi menangani karenah orang politik di dalam kampus pada masa hadapan.

Dalam masa yang sama juga, mahasiswa-mahasiswa perlu sentiasa menjunjung kemuliaan ilmu sebagai paling atas dalam senarai keutamaan mereka. Kita mahu melihat mahasiswa yang aktif berpolitik dan dalam masa yang sama mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik.

1 maklum balas:

Cara Pemesanan Trica Jus said...

best posting...like this !

Post a Comment

Powered by Blogger.