07 April, 2012

Multiplier Effect dan Jumlah Pengundi


Menjelang Pilihanraya Umum ke 13, pengundi menjadi fokus subjek. Pelbagai tafsiran diberikan kepada pola pengundian dan sikap pengundi masa kini. Ini kerana setiap pengundi membawa satu tanda pangkah. Perbezaan bilangan tanda pangkah itu lah yang membezakan seorang calon itu menang atau kalah.

Jadi, pengundi memang menjadi fokus perbincangan semua parti politik.

Maka, tidak hairanlah apa jua political move yang dibuat oleh parti Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR), faktor 'multiplier effect' pada pengundi perlu diambil kira.

U-turn daripada SBPA kepada SSM boleh dilihat sebagai melegakan penjawat awam. Apabila 'kegawatan' penjawat awam menjadi lega, maka multiplier effect dapat dikawal. Seringkali hujah akan diberikan jika penjawat awam tidak berpuas hati, ianya akan berjangkit kepada isteri/suami dan anak-anak.

Jika penjawat awam jumlahnya 1.2 juta, kalilah dengan 2 iaitu pasangan suami/isteri mereka. Bermakna, jika penjawat awam tidak berpuas hati dengan political move kerajaan khususnya, jumlah 2.4 juta undi akan terjejas. Ia bukanlah jumlah yang kecil.

Namun, pilihanraya ada serba kemungkinan. Selagi keputusan rasmi tidak diumumkan, bermacam-macam andaian terhadap pola pengundian dan sikap pengundi boleh diulas.

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.