09 April, 2012

Pemandu Di Malaysia Kurang Peka Terhadap Soal Keselamatan Kenderaan


Laporan mStar Online mengenai Pemandu Di Malaysia Kurang Peka Terhadap Soal Keselamatan Kenderaan perlu diberikan perhatian. Laporan yang membentangkan hasil kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) sangat penting untuk diberikan perhatian oleh kita semua sebagai pemandu di Malaysia.


Di antara kecuaian pemandu Malaysia terhadap keselamatan adalah seperti berikut :
  1. tidak meletakkan kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah di dalam kerusi keselamatan ketika di dalam kenderaan.
  2. pemandu memandu dengan memangku anak mereka.
  3. ibu bapa didapati meninggalkan anak-anak mereka di dalam kenderaan lebih dua minit dengan keadaan enjin kereta dihidupkan.
  4. Ibu bapa menyerahkan barang-barang persekolahan kepada guru terlebih dahulu sebelum mengeluarkan anak-anak mereka daripada kenderaan.
  5. penunggang motosikal tidak memakaikan topi keledar untuk anak-anak mereka.

3 maklum balas:

Nafisa81 said...

yer..kami buat yg nombor satu..sbb tak larat dengar dia menjerit nak keluar dr dalam seat tu...

Sari Yusa Ibrahim said...

selalu jumpa yg nombor dua, sabarrr ajelahhh

LIPISLADY said...

Sallam En. Hisyam,

Nak tambah sikit, membawa lebeh dari seorang anak atas motosikal, dan membiarkan anak terlena dibelakang.

Post a Comment

Powered by Blogger.