02 June, 2012

Nilai Hadiah Lambang Pengiktirafan


Banyak pertandingan yang diadakan pada masa sekarang. Samada pertandingan berbentuk rancangan realiti TV atau pertandingan rutin tahunan. Setiap pertandingan akan ada hadiah disediakan kepada pemenang. Hadiah dalam bentuk wang tunai dan juga barang-barang iringan.

Pertandingan nyanyian MANIA mencatatkan hadiah wang tunai untuk juaranya adalah sebanyak RM500,000 atau setengah juta ringgit Malaysia. Produser kepada pemenang pula mendapat habuan RM300,000. Tempat kedua membawa pulang RM200,000 manakala tempat ketiga meraih RM100,000.

Pertandingan lawak SUPER SPONTAN pula memberikan hadiah kepada juaranya sebanyak RM100,000 beserta sebuah kereta Toyota Camry. Tempat kedua pula mendapat RM50,000 manakala tempat ketiga RM25,000.

Itu adalah hadiah-hadiah untuk pertandingan hiburan dan membina jiwa santai.

Untuk Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 4 - 8 Jun 2012 nanti di Pusat Konvensyen Anatarabangsa Persada, Johor, hadiah untuk peserta yang menjadi Johan qari dan qariah masing-masing akan menerima wang tunai bernilai RM15,000, pakej untuk mengerjakan ibadah haji ke Tanah Suci, cenderahati serta sijil penyertaan dan mewakili negara ke Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2012 pada bulan Julai nanti.

Ternyata Islam itu bermula dengan dagang dan akan kembali menjadi dagang.

5 maklum balas:

yastro said...

meh kita reramai kasik naik lak entri pasal tilawah nih...sapa lg yg nk dihara[kan klau bukan kita...

leyzajamil said...

mak aii jauh bezanya tu, mungkin yg nilai sdikit tu ada lagi bnyak kberkatanNya..trm kasih atas pandangan / post yg bt org berfikir.

Nafisa81 said...

aktiviti keagamaan takde orang nak taja...

APAN said...

betullah. power isi dlm ni...x penah nak bandingkan pun sebelum ni...kalaulah ada yg sanggup utk taja tilawah mcm tu, mungkin boleh dpt sebanyak tu...

Hisyam Muhibah said...

Yastro - betul, tak banyak entri pasal tilawah.. hari ni dah pengumuman pemenang..

leyzajamil - harap2 begitulah..

Nafisa - sebab tak glamer

APAN - penaja biasanya hendakkan sesuatu daripada tajaannya.. tak sesuai lah pulak untuk acara2 agama

Post a Comment

Powered by Blogger.