08 June, 2012

Pembekuan PTPTN; Di Mana Garis Sempadan Dalam Berpolitik


Menteri sudah sahkan bahawa permohonan pinjaman PTPTN untuk pelajar-pelajar baru UNISEL kemasukan April dulu di'beku'kan. Ini dianggap ruang yang diberikan oleh menteri berkenaan kepada Kerajaan PR Selangor untuk membuktikan bahawa mereka boleh menawarkan pengajin tinggi secara percuma. Sebagai langkah awal, Kerajaan PR Selangor akan mencairkan aset yang ada dan nilai anggaran RM30 juta boleh digunakan untuk menampung pembiayaan pelajar-pelajar UNISEL tersebut. 

Isu menjadi semakin meleret apabila dikatakan KUIS akan menerima nasib yang sama seperti UNISEL. Rektor KUIS bertindak pantas dengan menemui Timbalan Menteri dan menyatakan permintaan mereka supaya KUIS tidak menerima nasib yang sama seperti UNISEL. Timbalan Menteri sudah memaklumkan kepada menteri mengenai permintaan KUIS tersebut.

Isu ini rentetan daripada janji PKR untuk menawarkan pengajian tinggi secara percuma jika berjaya mengambil alih Putrajaya. Tawaran tersebut dibentangkan secara rasmi dalam debat di antara Rafizi dengan YB Khairy yang dianjurkan Sinar Harian sedikit masa lalu. 

Jadi, eloklah kita berpegang kepada apa yang dibentangkan di dalam debat tersebut. PR menawarkan pengajian tinggi percuma dan memansuhkan PTPTN manakala BN pula akan mengekalkan PTPTN untuk menampung pembiayaan pengajian tinggi. Dalam masa yang sama BN akan berusaha untuk memastikan caj pengurusan boleh dikurangkan atau dimansuhkan.

Maka, di sinilah garis sempadannya. Setiap parti terutama PKR dan UMNO haruslah kekal pada garis sempadan yang mereka telah bentangkan semasa debat tempoh hari. Tawaran ini akan terus diwar-warkan sehinggalah pilihanraya umum dipanggil untuk dinilai oleh rakyat terutama golongan mahasiswa dan ibu bapa yang mempunyai anak di IPTA/S.

Selagi pilihanraya tidak dipanggil oleh Perdana Menteri, janganlah ada mana-mana parti melangkaui garis sempadan ini. Contohnya, untuk meraih sokongan undi mahasiswa, PKR tanpa menunggu pilihanraya terus sahaja melaksanakan pengajian tinggi percuma khususnya di UNISEL dan KUIS yang berada di bawah pemerintahan mereka. Begitu juga kepada UMNO, tidak wajar untuk bertindak di luar kebiasaan seperti mem'beku'kan permohonan pinjaman PTPTN tersebut sehinggalah pilihanraya dipanggil.

Tunggulah sehingga pilihanraya diadakan dan keputusan diumumkan. Pada ketika kerajaan sedia ada kekal memerintah atau kerajaan baru mengambil alih, pada masa itu laksanakanlah apa yang ditawarkan oleh kedua-dua pihak iaitu untuk kekalkan PTPTN atau menawarkan pengajian tinggi percuma.

Apa yang berlaku sekarang, saya anggap sebagai melampaui garis batasan dalam berpolitik.

Nota : gambar diambil daripada Malaysiakini.

6 maklum balas:

Sari Yusa Ibrahim said...

gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.. kesian dengan nasib pelajar yang masih mengharapkan bantuan pinjaman PTPTN.

Hisyam Muhibah said...

Sari Yusa - politik Malaysia merunsingkan..

sonata anak kancil said...

Pendidikan secara percuma / tidak - pendidikan mesti diteruskan. anak tak layak PTPTN...hu3x

Nafisa81 said...

percuma??sape tak suka...takut hari ni percuma,...esok lusa tulat merana

SyAmSuL AnUaR said...

Bljr percuma bgs tp nnti tiada kualiti n bljr main2..bnyk bg free nnti mls nk berusaha sentiasa hulur tngn utk meminta..

ozzy said...

pada yg layak mereka patut bersyukur & perlu ucapkan terima kasih & membayar balik pinjaman tersebut

Post a Comment

Powered by Blogger.