13 July, 2012

Sumbangan Berbuka Puasa Masjid KIPSAS


Mewakili Jawatankuasa Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), suka saya menghebahkan bahawa Masjid KIPSAS akan mengadakan majlis Berbuka Puasa dan More sebagai satu sedekah untuk semua jemaah yang mengimarahkan Masjid KIPSAS sepanjang bulan Ramadan akan datang.

Selain itu, sepanjang bulan Ramadan nanti pelbagai aktiviti akan dianjurkan oleh pihak Masjid KIPSAS seperti Tazkirah selepas Zohor dan sebelum Jumaat, Tadarrus Al-Quran, Majlis Khatam Al-Quran serta Qiyamullail.

Para dermawan yang budiman dialu-alukan untuk menyumbang kepada Masjid KIPSAS. Kos untuk menganjurkan majlis Berbuka Puasa ialah RM7.00 untuk 200 orang. Kos setiap hari ialah RM1,400 untuk menjayakan majlis Berbuka Puasa dan More ini.

Sebarang sumbangan bolehlah dimasukkan terus ke dalam akaun Bank Islam atas nama Masjid KIPSAS bernombor 06019010053872.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ustaz Mohd. Khairi di talian 017-9875782 atau Ustaz Jaafri 013-9655146.

Marilah kita mengambil peluang untuk membanyakkan amal ibadah dan sedekah kita untuk mengimarahkan bulan Ramadan kali ini.

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.