09 August, 2012

10 Terakhir Penuh Cabaran


Berada di 10 hari dan malam terakhir Ramadan memang sangat mengujakan. Cumanya, keterujaan itu disebabkan memburu Malam Al-Qadr atau mungkin juga kerana Aidil Fitri akan menjelang tiba.

Kita tidak mahu mensia-siakan 10 hari dan malam terakhir ini dengan perbuatan yang tidak mendatangkan pahala. Tetapi realitinya, persiapan Aidil Fitri juga perlu diberikan perhatian.

Rancanglah sebaik-baiknya. Dalam kesibukan menyambut Aidil Fitri, kita harus mencari ruang dan peluang untuk terus membaca Al-Quran, menunaikan solat-solat sunat, memanjatkan doa serta amalan-amalan yang lain.

Sambil membakar lemang, masih ada peluang untuk bezikir dan bertadarus. Sedang mengacau dodol, elok juga lagu-lagu hari raya diganti dengan alunan bacaan Al-Quran. Semasa membersih dan menghias rumah, elok sangat jika diselang seli dengan solat sunat.

Jika ada kemahuan, insya-Allah di situ ada jalannya.

2 maklum balas:

Nizam said...

Jangan abaikan yang penghujung ini

Blog Asyraf said...

jangan lepaskan peluang :)

Post a Comment

Powered by Blogger.