07 August, 2012

Anggota Masyarakat Ibarat 5 Jari Di Tangan


Posting ini adalah petikan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Badlishah selepas majlis Iftar Belia Pahang bersama MB Pahang baru-baru ini.

  • Ibu jari ibarat pemimpin masyarakat. Ibu jari paling penting kerana kebolehannya memegang sesuatu dengan kemas. Begitulah pentingnya pemimpin dalam masyarakat yang memegang dan memandu rakyatnya.
  • Jari telunjuk ibarat orang kaya atau orang perniagaan. Dengan kekayaan yang dimilikinya, tunjuklah apa sahaja, semuanya boleh diperolehi.
  • Jari tengah ibarat orang agama atau ulamak. Mereka perlu berada di tengah-tengah, tidak memihak. Di tengah bermakna tidak ke mana-mana tetapi berada di mana-mana sahaja.
  • Jari manis ibarat orang muda belia. Zaman muda sentiasa dijadikan kenangan semua orang kerana banyak pengalaman manis. Cincin yang disarung di jari manis ibarat harapan. Orang muda adalah harapan masa depan negara.
  • Jari kelingking pula ibarat golongan wanita. Walaupun kecil molek tetapi jari ini mampu melakukan tugas yang jari lain tak boleh lakukan. Wanita punya kekuatan tersendiri kerana kemampuan mereka dalam masyarakat

2 maklum balas:

Sari Yusa Ibrahim said...

menarik cerita tentang jari ni dan semuanya logik, terima kasih.

Abu Luqman said...

salam muhibbah ye

Post a Comment

Powered by Blogger.