24 August, 2012

Berbezanya Hari Raya Zaman Sekarang


Hakikatnya dunia sentiasa berubah. Berubah mengikut kebijaksanaan akal fikiran manusia. Manusia mencipta itu dan ini. Ini tidak lagi dapat diabai.

Hakikatnya Hari Raya juga sudah berubah. Selama 11 bulan sebelumnya pelbagai perkara baru muncul dan diterima dalam kehidupan. Tinggal lagi, suasana Hari Raya juga perlu mengikut trend zaman sekarang, zaman baru yang berubah.

Ucapan Hari Raya lebih mudah, diterima terus oleh penerimanya. Ucapan menggunakan SMS, Twitter, Facebook menggantikan kad kertas konvensional. Itu pun, ucapan SMS sudah berkurangan kerana masih perlu menanggung kos, elok sahaja beralih kepada cara ucapan yang lebih percuma.

Semasa pergi menziarah, seperti tidak banyak cerita baru dikongsikan sesama saudara mara, sepupu sepapat, kaum kerabat. Cerita baru sudah diketahui lebih awal sebelum bertemu di Syawal yang mulia. Facebook, Blog, Skype & Twitter itu lah yang menjadi alatnya. Bertemu secara zahir semasa Hari Raya, hanya untuk mengesahkan sahaja cerita-cerita di alam maya selama 11 bulan sebelumnya.

Jika 11 bulan sebelumnya, tangan tidak pernah lepas memegang tablet, smartphone dan gajet yang lainnya, mana mungkin semasa Syawal boleh ditinggalkan begitu sahaja alat-alat teknologi itu. Maka berziarah berayalah sambil membimbit alat-alat ini. Sambil berbual-bual sesama saudara & sahabat handai, jari tidak akan terlepas menekan tablet dan menghantar twit demi twit.

Apresiasi ziarah-menziarahi pula lebih pantas dikongsikan kepada orang ramai. Setiap kali ada benda bergerak, setiap kali jugalah kenangan dirakam, dimemorikan. Gambar Hari Raya yang diambil sepantas kilat dimuat naik untuk disebarkan. Mungkin juga gambar khatib sedang berkhutbah sudah berada di alam maya walaupun khutbahnya belum selesai disampai. Tahlil arwah masih bergema di pusara, gambar suasananya sudah berada diserata dunia.

Hari Raya oh Hari Raya. Hari Raya zaman sangat berbeza suasananya, berubah mengikut perubahan manusia.

4 maklum balas:

endiem said...

Selamat Hari Raya , maaf zahir batin

Suara Kalbu said...

Selamat Hari Raya. Maaz Zahir Batin untuk segala bual bicara di alam maya yang mungkin saja melukakan tanpa sengaja dan tidak sengaja.

Hari raya zaman sekarang memang sudah jauh berubah. Saudara mara saya yang datang bertandang, sambil berbual pun mata dan tangan duk asyik meleret di telefon canggih dan juga Ipad.

Seri Bahasa said...

kalau dulu raya memang best...malam raya sibuk dengan meriam buluh, mercun dan bunga api..pakat lawat rumah kenkawan berombongan...bukan naik kereta...jalan kaki...

Nizam said...

Orang sekarang tak ndok beri alamat rumoh.Deme bahan beri alamat e-mail je.Dah ke gone

Post a Comment

Powered by Blogger.