27 August, 2012

Destinasi : Hutan Lipur Lata Lembik

Banyak lokasi menarik yang boleh dilawati di daerah Raub. Salah satunya ialah Hutan Lipur Lata Lembik. HLLL terletak di kawasan Hulu Sungai Raub yang berjarak 44km dari bandar Raub. 

Untuk sampai ke HLLL ini kita perlu mengambil jalan ke Batu Malim dan masuk ke simpang Hulu Sungai. Kemudian, kita akan melintasi Kampung Satak, Kampung Kela dan Pos Buntu. Sepanjang perjalanan kita akan menikmati pemandangan kampung dan hutan yang sungguh mendamaikan.

Air Sungai Lipis yang sangat jernih dan sejuk.

Sungguh mengujakan air yang mengalir.

Nampak air yang tenang tetapi deras alirannya.

Berhati-hati kerana batu-batu sungai yang licin di dasar sungai.

HLLL di bawah selanggaraan Jabatan Perhutanan.

Kawasan lapang disediakan wakaf berteduh.

Turut disediakan surau dan tempat menyalin makanan.

Pemandangan hutan yang menarik

Pondok dinding buluh yang menarik.

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.