14 August, 2012

Iftar Warga Raub Sejahtera; Alat Yang Betul, Pengguna Yang Betul, Hasil Yang Betul


Saya tak akan jemu menulis mengenai Group Facebook "Warga Raub Sejahtera (WRS)". Ini kerana saya sangat 'appreciate' usaha mereka dengan menggunakan platform Facebook di alam maya. Ahli-ahlinya sangat komited serta diinspirasikan oleh tokoh-tokoh tempatan sebagai moderator dan pentadbirnya.

Terbaru apabila Majlis Iftar Jamaiey telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran 150 orang ahli beserta keluarga. Majlis Iftar pada 11 Ogos 2012 lalu dicatat sebagai program WRS ke 10, sekaligus menjadi program penutup menjelang ulang tahun pertama penubuhannya pada 13 Ogos 2012.

Sekali lagi moralnya adalah jika alat yang betul diberikan kepada orang yang betul, maka terhasillah natijah yang betul. Facebook adalah alat di alam maya, digunakan oleh pengkarya WRS yang bijaksana, hasilnya tampak jelas di alam nyata, memberi kesejahteraan kepada warganya.

Cerita lanjut mengenai Majlis Iftar Jamaiy WRS boleh dibaca lanjut di :

2 maklum balas:

Shaiful Zaidi said...

Salam Ramadhan sahabat. Moga temui Lailatul Qadar.

IQ-BALL said...

Terima kasih diatas sokongan saudara.Terharu juga ,blog saya diutarakan di blog saudara... :-)

Post a Comment

Powered by Blogger.