06 August, 2012

Institusi Bukan Manusia Juga Perlu Berpuasa


Bulan Ramadan adalah masa untuk mempertingkatkan amal ibadah. Ganjaran yang dijanjikan berlipat kali ganda. Justeru, sepanjang sebulan Ramadan ini wajarlah dimanfaatkan semaksimum yang boleh supaya ganjaran pahala

Ibadah puasa memerlukan suasana yang kondusif bagi menyokongnya. Dalam keadaan manusia akhir zaman ini, pelbagai cabaran sudah sedia wujud dan sebati sepanjang 11 bulan sebelum Ramadan. Cabaran ini sangat membimbangkan kerana jika tersalah langkah, ibadah puasa kita akan terkorban.

Sebab itulah, mekanisme sokongan kepada ibadah puasa perlu jelas dan kemas. Selain individu Muslim menunaikan ibadah puasa, persekitaran juga perlu turut 'berpuasa', institusi bukan manusia juga perlu 'berpuasa'.

Stesyen TV dan Radio sebagai sebuah institusi penyiaran perlu berpuasa. Rancangan-rancangan yang disiarkan perlu sesuai dengan mood Ramadan. Tangguhkan dulu program-program hiburan, perbanyakkan program-program yang berkaitan dengan Ramadan. Siaran langsung waktu malam wajar dilewatkan bagi memberi ruang kepada pengamal media menunaikan ibadah Tarawih. Penampilan persoaliti media juga haruslah sesuai dengan mood puasa.

Pasaraya dan kompleks membeli belah juga perlu berpuasa. Tidak sepatutnya seawal hari pertama puasa sudah dipasang lagu-lagu hari raya bagi mempromosikan persiapan hari raya. 

Restoran 24 jam dan restoran biasa juga perlu berpuasa. Sebolehnya, tutuplah operasi di siang hari kepada pelanggan-pelanggan Muslim (pelanggan Non Muslim tidak masalah). Operasi restoran di siang hari memang menarik perhatian sang-tidak-puasa mencari isi perut mereka.

Catatan ini sekadar coretan ringkas. Tidak menyalahkan mana-mana pihak. Sekadar mencari kesempurnaan dan suasana kondusif untuk meraih fadhilat terbaik Ramadan.

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.