12 August, 2012

Perbincangan Lailatul Qadr Dalam Google Book


Lailatul Qadar menjadi buruan semua pencinta pahala. 10 terakhir Ramadan umpama petak sasaran. Ganjaran 1000 bulan itu sebagai balasan kerana usia pendek umat akhir zaman.

Berikut beberapa petikan buku dalam Google Books yang membincangkan mengenai Lailatul Qadr :

Dalam buku "Dai Muda di New York City" karya M. Syamsi Ali terbitan tahun 2007, penulis mengutarakan pandangan bahawa kehebatan dan kekuatan, keunikan dan keistimewaan Lailatul Qadr terkait kelebihan yang ada pada Al-Quran yang diturunkan pada malam itu. Justeru, pengarang menggesa supaya ibadah tidak ditumpukan hanya kepada solat-solat sunnat sahaja. Perlu juga mentadabbur isi kandungan Al-Quran melalui bacaan supaya pengajaran di dalamnya dapat difahami.

Dalam buku "Dahsyatnya Qiamullail" karya Mahmudin Abdullah terbitan PTS tahun 2010 pula mengutarakan  pandangan penulis antara lainnya menyebutkan sepanjang tahun terdapat malam-malam yang mempunyai kelebihan, salah satunya malam Al-Qadr. Malam yang penuh kemuliaan ini menarik perhatian orang ramai untuk beribadah di dalamnya. Namun, ini tidak bermakna hanya perlu beribadah di dalam malam-malam yang tertentu ini sahaja. Perlulah beribadah dan qiamullail sepanjang tahun.

Dalam buku "Dato' Dr. Harun Din Menjawab Persoalan Fikah Harian" terbitan PTS Litera Utama tahun 2007 pula menjelaskan bahawa sebagai umat Islam kita perlu merebut peluang keemasan ini dengan memperbanyakkan amalan seperti solat tarawih, tahajjud, witir, zikir, bertadarrus dan membaca Al-Quran, berdoa dan lain-lai. 

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.