26 September, 2012

Pilihanraya Kampus Perlu Terima Realiti


Saban tahun Pilihanraya Kampus menjadi mangsa pelabelan media. Pelabelan yang mengatakan kumpulan mahasiswa Pro-Aspirasi bertanding menentang mahasiswa Pro-Mahasiswa. Secara mudahnya, Pro-Aspirasi merujuk kepada mahasiswa yang menyokong aspirasi kerajaan manakala Pro-Mahasiswa merupakan mahasiswa yang mempunyai hubungan dengan parti-parti pembangkang.

Ironinya, peraturan pilihanraya kampus mengkehendaki semua calon bertanding berdasarkan kapasiti individu. Tidak dibenarkan menampakkan sebarang bentuk pakatan atau perkumpulan. Ini menjadikan semua poster calon, banner calon yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Kampus adalah seragam bagi mengelakkan tafsiran berkumpulan.

Hakikatnya, memang wujud perkumpulan ini dalam pilihanraya kampus. Media juga terus-terusan melaporkan kampus ini dikuasai oleh Pro-A manakala di kampus yang lain pula Pro-M menerima tentangan sengit.

Maka, eloklah peraturan pilihanraya itu dipinda semula dengan tidak menghalang sebarang bentuk pertandingan secara berkumpulan. Ini kerana, memang wujud parti-parti mahasiswa yang bertanding dalam Pilihanraya Kampus.

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.