04 September, 2012

Ucapan Hari Raya; Antara SMS, MMS, Kad Raya, FB, Twitter, Dll


Kenyataan CEO Celcom dalam Sinar Harian antara lain menyebutkan, “Semasa hari raya baru-baru ini, kami mencatatkan SMS dan perkhidmatan mesej multimedia (MMS) tertinggi dalam sejarah, sekali gus menunjukkan SMS dan MMS masih lagi relevan kepada perniagaan kami,” katanya.

Bagi memastikan penggunaan SMS terus menjadi pilihan pengguna, Celcom akan melancarkan program Super SMS Chat tidak lama lagi memandangkan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) masih lagi relevan kepada pertumbuhan syarikat berkenaan.

Berita dalam Sinar Harian itu boleh dibaca di sini.

Syarikat telekomunikasi tentu menerima kesan dengan penggunaan media sosial yang sangat meluas di kalangan rakyat Malaysia. Pada satu masa sebelum ini, SMS sangat popular sepanjang hari raya untuk disampaikan ucapan selamat hari raya. Pelbagai bentuk ucapan yang kreatif dipindahkan menggunakan SMS.

MMS pula kemudian mendapat tempat di kalangan pengguna kerana tampak lebih 'lively' dan mempunyai elemen multimedia yang lebih menarik. Pokoknya, masih dalam lingkungan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi.

Selepas penggunaan media sosial menjadi pilihan pengguna, ucapan hari raya disampaikan menggunakan Facebook, Twitter, WhatsApp, dan lain-lain. Kenapa pengguna beralih kepada media sosial untuk menyampaikan ucapan? Salah satu sebabnya ialah kos efektif. Tiada cas nyata dikenakan bagi setiap ucapan yang disampaikan. Selain itu, akses ke media sosial yang lebih mudah pada masa sekarang menggunakan telefon pintar, gajet dan tab yang sudah menjadi trend pada masa sekarang juga menjadikan pengguna beralih daripada SMS/MMS untuk menyampaikan ucapan.

Kad Hari Raya? Tentunya sudah menjadi dinasor. Hanya digunakan untuk menyampaikan ucapan-ucapan formal sahaja.

3 maklum balas:

shaiful zaidi said...

Salam Tn..
teringat zaman 90-an dulu, kad raya sangat relevan. Selalu kirim dan terima kad raya..

Nizam said...

Nok ngantor kad raye.Kitnye orang beri alamat email je.Dah ke gone

akuanakpahang said...

Salam.. org makin ker lama makin malas dah gamoknya yak..

Post a Comment

Powered by Blogger.