11 September, 2012

Universiti Bukan Untuk Yang Bercita-Cita Menjadi Hartawan


Bulan September merupakan musim adik-adik kita mendaftar diri bagi menyambung pengajian ke universiti. Pelajar-pelajar lama pula pulang semula ke kampus selepas cuti semester yang panjang dan meneruskan perjuangan menuntut ilmu.

Sempena musim adik-adik menyambung pengajian ini, eloklah kita rujuk pesanan Prof. Zaini Ujang (Naib Canselor UTM) dalam bukunya 'Menghayati Budaya Ilmu' yang berbunyi :
  • "sekiranya anda semata-mata bercita-cita untuk menjadi seorang hartawan, universiti bukan tempatnya yang paling sesuai untuk menjadi kaya dengan segera.
  • Kalau anda berhasrat untuk menjadi pemimpin ulung menebar jaring politik, universiti juga bukanlah gelanggang yang paling kondusif untuk mempersiapkan diri bagi memenuhi cita-cita tersebut. 
  • Kalau anda menyimpan cita-cita menjadi selebriti dan tokoh sanjungan dalam dunia sensasi, universiti juga ternyata tidak sesuai untuk anda. 
  • Begitu juga dengan kerjaya-kerjaya yang lain seumpamanya. 
  • Hakikatnya, universiti adalah gedung ilmu dan pusat budaya ilmu."

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.