04 October, 2012

Beralih Kepada Manisan Selain Gula

Dalam pembentangan Bajet 2013, Perdana Menteri mengumumkan penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen. Ini bermakna harga gula di pasaran akan naik menjadi RM2.50 sekilogram. Apa yang lebih merisaukan ialah faktor domino selepas kenaikan harga gula iaitu kenaikan harga makanan yang berasaskan gula.

Walaupun dalam pembentangan Bajet 2013 yang lalu, Perdana Menteri menyatakan bahawa tujuan penarikan subsidi ini untuk mempromosikan gaya hidup sihat dengan mengurangkan penggunaan gula, itu belum cukup untuk mengubah gaya permakanan rakyat Malaysia. Kita memang sudah tahu bahaya gula, tetapi gulalah yang menambah kelazatan produk-produk makanan dan minuman.

Justeru, pilihan lain kepada gula asli perlu diberikan ruang yang lebih luas untuk digunakan. Antara pilihan kepada  gula ialah gula alternatif dan stevia.


Gula alternatif ialah gula yang digunakan oleh pesakit diabetis. Tetapi, gula jenis ini bahaya kerana ia memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang. Kandungan aspartam yang berasaskan kimia dalam gula alternatif boleh menyebabkan tumor otak. Gula jenis ini termasuklah gula yang dibungkus dalam paket-paket kertas kecil.


Selain itu, stevia juga merupakan pilihan lain kepada gula asli. Ianya adakah tumbuhan herba yang berasal dari Paraguay. Daunnya yang manis jika dikunyah dikeringkan dan diekstrak untuk dijadikan manisan. Namun, harganya di pasaran masih tinggi kerana kos untuk menanam stevia juga tinggi. 

Seorang usahawan stevia memberitahu daun yang sudah dipetik perlu dikeringkan. Daun-daun stevia yang sudah kering akan dibeli oleh mereka pada harga RM40.00 sekilogram.

Pilihan ketiga yang lebih menarik ialah penghasilan manisan daripada habuk kayu. Perkara ini adalah hasil daripada kajian yang dibuat oleh Dr. Mimi Sakinah, seorang penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP). Beliau telah berjaya menukarkan habuk-habuk kayu menjadi manisan bagi menggantikan gula asli.


Menariknya, cetusan idea Dr. Mimi telah berjaya mewujudkan alternatif terbaik kepada pesakit kencing manis kerana gula tersebut tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.

Menurutnya lagi, idea menghasilkan gula daripada habuk kayu itu tercetus apabila mengetahui negeri ini mengeluarkan sebanyak 2,520 tan bahan itu sebulan.

Diharap Dr. Mimi akan dapat mengkomersialkan hasil kajiannya dengan secepat mungkin supaya kita tidak lagi bergantung kepada penggunaan gula asli yang harganya semakin meningkat mahal di samping kesan buruk kepada kesihatan kita semua.

Sila baca di  http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm  untuk berita Utusan Malaysia mengenai gula yang dihasil daripada habuk kayu ini.

3 maklum balas:

akuanakpahang said...

Moleklah kurang-kurang penggunaan gula nie yak...

shaiful zaidi said...

salam....gula stevia ni mmg baik utk kesihatan..

shaiful zaidi said...

salam....gula stevia ni mmg baik utk kesihatan..

Post a Comment

Powered by Blogger.