22 October, 2012

Kenaikan Harga Rokok, Berhentilah Merokok


British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai Isnin, 22 Oktober 2012. 

Harga baharu rokok, bermula Isnin, 22 Oktober 2012, adalah seperti berikut:
  • Rangkaian DUNHILL RM10.20
  • Rangkaian KENT RM10.20
  • Rangkaian PETER STUYVESANT RM8.70
  • Rangkaian PALL MALL RM8.70
  • PALL MALL Biasa RM10.60
  • BENSON & HEDGES RM10.20
  • LUCKY STRIKE PLAIN RM10.60
  • ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.60
Saya setuju sangat dengan kenaikan harga rokok (perokok-perokok akan menghentam saya balik...hehe) kerana kita sedia maklum bahaya tabiat merokok ini. Bahayanya bukan sahaja kepada perokok tetapi orang di sekeliling juga akan terkena.

Sekali lagi, ini lah masa terbaik (buat kesekian kalinya) untuk perokok-perokok mengambil peluang berhenti daripada tabiat buruk ini. Kenaikan harga akan menjejaskan kewangan. Maka, eloklah berhenti sahaja.

Namun, perokok-perokok tegar tentu saja akan mengubah suai perbelanjaan harian dan bulanan bagi menyesuaikan dengan kenaikan harga ini.

Pesanan ikhlas saya, Berhentilah Merokok.

3 maklum balas:

Yas y said...

Memang waktu terbaik untuk berhenti merokok......

akuanakpahang said...

Salam, pesanan yang baik...tapi nak dibuat macam mana sudah menjadi barang keperluan bagi sesetengah drp mereka :(

Hisyam Muhibah said...

Yas - ya, betul.

En. Yassin AAP - orang macam tu berhujah kalau tak merokok sehari boleh demam, bila demam semua kerja tak jadi

Post a Comment

Powered by Blogger.