16 October, 2012

MS1900:2005, Sistem Pengurusan Kualiti Dari Perspektif Islam


ISO sudah menjadi satu keperluan kepada organisasi yang mahu berkembang maju. ISO merujuk kepada Sistem Pengurusan Kualiti akan memastikan kualiti diberikan keutamaan dalam semua proses kerja serta perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

Dalam organisasi yang berorientasikan Islam ISO daripada perspektif Islam adalah lebih sesuai diterapkan. Menggunakan kod MS1900:2005, elemen shariah diterapkan dalam setiap proses kerja yang telah ditetapkan.

Berdasarkan laman web SIRIM QAS International Sdn. Bhd., MS 1900:2005 - QMS Requirements From Islamic Perspective bermaksud :
This standard specifies the requirements for a Shariah Compliance Quality Management System. The aim of the standard MS 1900 is to ensure that organizations are managed in accordance with the universally acceptable values such as justice, honesty, truthfulness, sincerity, timeliness and discipline, and that the halal and non-halal aspects of all processes necessary for the delivery of services and products are identified, communicated to every personnel in the organization and effectively implemented. The MS 1900:2005 is based on the ISO 9001:2000 standard from the Islamic perspective. 
Cabarannya adalah untuk mengekalkan persijilan yang telah diperolehi. ISO bukan setakat mendapat persijilan sahaja, tetapi ianya adalah untuk 'continous improvement' dalam organisasi. Maka, pelaksanaan kepada semua prosedur yang telah di-ISO-kan itu lebih penting.

Selain itu, cabaran untuk mengekalkan nama baik organisasi Islam yang sudah mendapat persijilan tersebut. Ini kerana perspektif Islam yang dilaksanakan ini juga menjadi kayu ukur kepada sejauh mana organisasi Islam mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.