23 October, 2012

Transformasi Muzium Sultan Abu Bakar Pekan



Pertama kali menjejak kaki ke Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan ialah pada 1995 lalu. Ketika itu, muzium hanya beroperasi di bangunan utamanya. Pendekatan pameran bahan-bahannya adalah 'old fashion' yang sekadar diperlukan pada masa itu.

Kini, zaman sudah berubah. Teknologi menjadi pemacu perubahan masyarakat dan dunia. Muzium juga perlu seiring dengan perubahan zaman dan kepesatan teknologi ini.

Muzium Sultan Abu Bakar juga mengalami transformasi yang sama. Mula diubah suai pada 2009 di bawah projek ECER, Muzium Sultan Abu Bakar telah dijenamakan semula dan dirasmikan pada Ahad lalu. Ruang pameran juga sudah bertambah di blok-blok baru.

Pelbagai sentuhan baru yang sangat kreatif dan inovatif diterapkan dalam penampilan muzium ini. Konsep 'open museum' sangat berbeza dengan cara lama muzium mempamerkan bahan bersejarah mereka. Pengunjung boleh menyentuh, memegang dan mencuba bahan-bahan pameran. Pengunjung yang hendak mengambil gambar juga dibolehkan (kerana tidak kelihatan notis yang melarang mengambil gambar). Panel-panel elektronik juga disediakan di setiap segmen. Pengunjung boleh menggunakan skrin sesentuh untuk mendapatkan maklumat dan bemain permainan secara interaktif. Lebih menarik, di segmen Orang Asal, ada alat muzik digital yang boleh dimainkan bagi mengalunkan lagu-lagu sewang orang asal.

Persekitaran luaran dan landskap juga sangat menarik. Arca-arca yang disusun kemas menambah keceriaan kawasan laman. Arca-arca kuda dan rusa yang dibuat daripada kulit kayu sangat kreatif dan nampak 'hidup'.

Jangan lepaskan peluang mengunjungi Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, Bandar Di Raja Pahang.

3 maklum balas:

Abdul Ghofur - Semarang - Indonesia said...

I should be grateful to find your writing about Muzium Sultan Abu Bakar. This newly renovated muzium I see is very interesting. Thanks to Encik Farid the director who is very creative and has many ideas to show to the world how good your culture is.
I am glad to find that many people admire the wooden teak root and driftwood sculptures of horses, storks and deers, also the sculptures of 'orang asli' that I have created for the muzium.

Hisyam Muhibah said...

Mr. Abdul Ghofur - the museum is great. thanks a lot for all the sculptures you have created..

Abdul Ghofur said...

And thanks for sharing this to public. Salam.

Post a Comment

Powered by Blogger.