13 November, 2012

Peranan Rakyat Memilih Pemimpin; Realiti Demokrasi Semasa


Malaysia mengamalkan sistem demokrasi pilihanraya untuk memilih pemimpin dan kerajaan. Pilihanraya bermakna ada pertandingan dianjurkan. Pertandingan akan disertai oleh calon-calon yang akan dipilih oleh rakyat.

Seruan umum adalah menyeru rakyat untuk memilih pemimpin yang mereka mahukan. Pilih pemimpin yang mereka suka. Pilih pemimpin yang mereka yakin. Pilih pemimpin yang boleh membela nasib mereka kelak.

Namun, dalam realiti sistem demokrasi, nampaknya bukan rakyat yang menentukan pemimpin. Tetapi, pemimpin ditentukan oleh parti politik yang mencorakkan iklim politik negara. Parti akan menyenaraikan calon-calon mereka untuk bertanding dalam pilihanraya. Itulah calon pemimpin yang terbaik di kalangan mereka ahli-ahli parti.

Persoalannya, adakah calon yang sama merupakan calon pemimpin yang terbaik untuk rakyat.

Nah, apa lagi yang tinggal untuk rakyat? Nampaknya, rakyat tidak berperanan untuk memilih pemimpin mereka. Rakyat dalam pilihanraya hanya akan memilih calon-calon yang telah dipilih lebih awal oleh parti politik.

Justeru, rakyat hanya punya solat hajat, solat istikharah dan doa. Sebelum keluar mengundi pada hari pilihanraya, mohonlah petunjuk daripada Allah SWT. Moga-moga Allah akan memberikan ilham calon yang manakah akan dipangkah oleh rakyat dalam pilihanraya

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.