18 November, 2012

Wujudkan "Arus Perdana Alternatif"?


Arus perdana boleh dirujuk sebagai sesuatu yang disertai oleh khalayak yang ramai dan diberi liputan yang meluas. Ini bermakna perkara di sebaliknya adalah bukan arus perdana, kerana tidak disertai oleh khalayak yang ramai serta tidak mendapat liputan meluas.

Khalayak yang ramai menggambarkan perkara tersebut memang menjadi perhatian, menjadi bualan, menjadi minat orang ramai untuk mengikutinya.

Liputan pula melambangkan peranan media massa untuk membuat liputan, ulasan, berita dan hebahan mengenainya. Justeru, media massa juga dikaitan sebagai media arus perdana.

Namun, jika diperhatikan situasi semasa kemungkinan juga akan kewujudan "arus perdana alternatif". Ia merujuk kepada sesuatu yang mendapat penyertaan khalayak yang ramai tetapi tidak diliputi maklumatnya oleh media arus perdana.

Atau mungkin juga sebaliknya jika sesuatu tidak pun mendapat sokongan khalayak yang ramai tetapi hebahannya sangat meluas di media arus perdana.

Maka, pada hemat saya ada dua perkara yang menepati ciri "arus perdana alternatif" iaitu Wacana dan Debat Politik anjuran Sinar Harian serta yang keduanya ialah kuliah-kuliah agama Ustaz Azhar Idrus.

Jika mengikuti kedua-dua acara ini, maka kita da sedia maklumlah mengapa ia tidak menjadi arus perdana biasa.

Walau apapun, kredit perlu diberikan kepada Karangkraf-Sinar Harian serta Astro Oasis yang cuba untuk merobohkan "arus perdana alternatif" ini.

1 maklum balas:

shaiful zaidi said...

Salam...Kini pelbagai media baru muncul dalam pelbagai bentuk. Yang penting bagaimana media itu dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat pada ahli masyarakat.

Post a Comment

Powered by Blogger.