14 February, 2013

U-Pustaka; Transformasi Perpustakaan Era Digital


Selama ini, menjadi ahli kepada mana-mana perpustakaan (awam atau akademik) kita hanya terhad kepada perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan tersebut sahaja. Sekarang tidak lagi! Dunia sudah berubah, perkhidmatan perpustakaan juga sudah berubah.


Projek U-Pustaka merupakan satu inovasi yang memanifestasikan sinergi kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli Konsortium u-Pustaka seperti berikut:
  1. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS),
  2. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS),
  3. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP),
  4. Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka),
  5. Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL),
  6. Perpustakaan INTAN Bukit Kiara dan
  7. Perpustakaan Negeri Sabah.
Dengan menggunakan U-Pustaka, kita boleh meminjam buku secara online daripada kesemua 7 perpustakaan negeri yang menjadi ahli konsortium tersebut. Buku akan dihantar terus ke rumah menggunakan Pos Laju. Selepas selesai membaca buku, ia boleh dipulangkan di perpustakaan yang berdekatan.

Daftarlah sebagai ahli U-Pustaka di laman web www.u-pustaka.gov.my


0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.