05 February, 2013

Utamakan Citra Dan Wajah Kita Dalam Perayaan


Sepanjang hujung minggu lalu, laman sosial sibuk dengan 'perbahasan' mengenai kedatangan PSY ke Malaysia untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut di peringkat kebangsaan. Pada awalnya tidak terlalu panas sehinggalah timbul dakwaan bayaran yang akan dikenakan mencecah angka jutaan RM.

Lalu, ulasan dan komen dari pelbagai sudut diutarakan. Sudut politik tentu lebih hangat.

Persoalan kedatangan PSY bukan sekadar bayaran yang akan dikenakan, bukan juga 'timing' yang sudah hampir dengan PRU bagi menonjolkan kehebatan mengumpulkan orang ramai.

Lebih jauh daripada itu, biarlah sambutan perayaan-perayaan di Malaysia ini diserikan dengan gaya, citra dan wajah-wajah keMalaysiaan. Tidak perlu menjemput orang luar yang belum tentu akan mewarnakan sambutan dengan warna yang kita kehendaki.

Dalam masa yang sama, kita tetap yakin dengan semangat anti-hedonisme yang melampau.

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.