29 March, 2013

e-Filing, Jangan Tunggu Saat Akhir


Tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia yang mempunyai pendapatan ialah mengisi borang cukai pendapatan melalui Sistem e-Filing yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM). Sistem e-Filing akan membuat pengiraan samada pendapatan tahunan kita akan dikenakan cukai atau tidak.

Kerja yang perlu dibuat setahun sekali ini memang selalunya 'terlupa' dilakukan oleh kita semua. Biarlah dulu, buat minggu depan lah, banyak benda lain nak kena buat dulu lah, dan seribu satu alasan akan diberikan untuk tidak mengisi e-Filing. Terpulanglah kepada setiap diri kita samada nak isi awal atau kemudian nanti.

Cuma yang dibimbangi jika mengisinya di saat-saat akhir, mungkin akan menghadapi masalah teknikal kerana sistem komputer pelayan LHDNM terpaksa memproses banyak permohonan di saat-saat akhir (harapnya tentu LHDNM sudah bersiap sedia untuk menghadapinya). 

Selain itu, mengisi borang di saat-saat akhir juga akan memeningkan kepada jika dokumen-dokumen, resit-resit masih tidak lengkap atau tidak dikumpulkan terlebih dahulu. Jangan sampai kita dikenakan cukai disebabkan oleh kelemahan kita sendiri menyimpan dokumen dan resit untuk dijadikan bukti bagi mengurangkan atau mengelak bayaran cukai.

Saya dan isteri sudah menghantar borang e-Filing, anda bagaimana?

4 maklum balas:

Nafisa81 said...

belum. tak reti pun nak wat camne

diana said...

entah..suami punye keja nih..heheh..

Hisyam Muhibah said...

tarikh tutup 31 april. tak reti? pedeoh lah weh..

Hisyam Muhibah said...

hebat suami..

Post a Comment

Powered by Blogger.