30 March, 2013

Kefahaman Mudah Mengenai Kerajaan Sementara


Selepas DUN Negeri Sembilan sudah terbubar secara automatik, perbincangan mengenai status kerajaan Negeri Sembilan agak luas juga dilakukan. Ini menjadi petunjuk kepada kesedaran orang ramai mengenai pendidikan politik dan demokrasi, sekaligus melambangkan keprihatinan rakyat untuk memiliki sebuah negara yang stabil dari segi politik.

Secara mudah, kefahaman mengenai kerajaan sementara saya ambil daripada beberapa twit dan komen Facebook seperti berikut :
  1. Peguam Syahredzan yang terkenal di Twitter mengulas dalam Astro Awani seperti berikut : 
    1. "caretaker government" tidak dinyatakan secara khusus dalam perlembagaan
    2. kerajaan sementara merupakan kerajaan tanpa mandat, tidak boleh memutuskan sesuatu yang 'mengikat' kerajaan akan datang
  2.  Peguam Nor Azizah Aling, rakan seperjuangan saya di UIAM mengulas dalam FB seperti berikut :
    1.  Ia dipanggil "Caretaker Government." Kerajaan yang memerintah sebelum itu masih boleh menjalankan urusan harian pentadbiran sebagaimana biasa. Namun, ia tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menetapkan apa-apa polisi dan gazette / endorse polisi itu, serta tidak boleh membuat apa-apa keputusan melibatkan soal kewangan.
    2. Meaning to say, it becomes "toothless" unlike the period before the dissolution of the Legislative Assembly or House of Representative (whichever applies) as the Caretaker Government can only run daily routine as an administrator, for the betterment of administration, and could not pass any policy, or endorse the same. Therefore, for the opposition supporter who is against the ruling government of the day, there is nothing to worry that the caretaker government will administer the state according to their own whims and fancy as the law prohibits them from doing so. 

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.