24 March, 2013

Pelbagai Peluang Untuk Lepasan SPM; KIPSAS Tawar Peluang Pengajian


Keputusan SPM seolah-olah menjadi satu memori terpenting dalam kehidupan seseorang di negara Malaysia ini. Setakat ini, SPM dilihat sebagai penentu kehidupan masa depan samada cerah atau sebaliknya. Ini menyebabkan semua kita akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keputusan peperiksaan SPM ini.

Bagi yang berjaya dengan keputusan yang cemerlang, jalan untuk melanjutkan pengajian adalah lebih luas. Lebih banyak pilihan boleh dibuat samada ke Pusat Matrikulasi, Pusat Asasi atau Tamhidi, atau mungkin juga terus mendapat peluang ke luar negara.

Kepada yang kurang bernasib baik pula, mulalah susah hati memikirkan untung nasib selepas SPM ini.

Apa yang penting, keputusan SPM yang sederhana atau kurang cemerlang tidak bermakna gelap masa depan. Peluang melanjutkan pengajian masih luas terbuka terutama di IPTS atau lebih sinonim dengan gelaran kolej swasta.

Sukacita dihebahkan, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) bersedia menerima pelajar-pelajar yang mahu melanjutkan pengajian selepas SPM ini.

Dengan syarat kemasukan "dari 3 kredit", anda sudah layak untuk menjadi warga baru KIPSAS bagi membina masa depan yang mementingkan kecemerlangan akademik dan ketrampilan sahsiah.

Layarilah laman web KIPSAS di www.kipsas.edu.my

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.