22 March, 2013

Umum Awal Calon; Pro dan Kontra


Menunggu Parlimen dibubarkan oleh PM memang menyesakkan nafas sahaja hingga ke hari ini. Memang PM benar-benar menggunakan prerogatif miliknya untuk menentukan bilakah masanya Parlimen akan dibubarkan. Tak apalah, jika tidak dibubarkan, Parlimen dan DUN-DUN akan terbubar secara automatik juga.

Namun, terdapat perkara menarik menuju ke tarikh pembubaran, iaitu pengumuman calon lebih awal. Setakat ini hanya Pakatan Rakyat sahaja sudah mula mengumumkan calon-calonnya yang sudah confirmed. Antara lain, Lim Kit Siang berpindah ke Gelang Patah, Nizar di Changkat Jering, Dr. Muhd. Nur Manuty di Bagan Serai, Saifuddin Nasution di Kulim Bandar Baharu, dan beberapa nama lagi.

DS Anwar Ibrahim sendiri sudah memberikan gambaran bahawa kerusi Permatang Pauh tidak akan dipertahankan dan berpindah ke Perak atau Selangor.

Di pihak Barisan Nasional pula masih belum lagi mengumumkan calon-calonnya walaupun mungkin sudah confirmed. Tetap menunggu pembubaran dahulu lah agaknya.

Jadi, apa agaknya pro dan kontranya calon diumumkan awal-awal oleh PR? Dari sudut pronya sudah tentulah menggambarkan PR benar-benar bersedia untuk bertanding kali ini. Pembahagian kerusi antara parti-parti dilihat selesai, calon juga dipersetujui. Maka, calon sudah boleh buat kerja bersama jenteranya secara tidak rasmi.

Kontra nya pula, sudah tentulah pihak lawan, BN, ada ruang masa untuk mengkaji dan meneliti calon-calon tersebut. Boleh disemak latar belakang, boleh dikaji kelemahan mereka, untuk dijadikan modal kempen selepas bubar nanti.

4 maklum balas:

akuanakpahang said...

Pasti PRU ini lebih penting drp sebuah permainan bola sepak diperingkat internasional ... jadi penting juga mengaturkan segalanya silap2.. senang2 boleh kalah mudah. Jadi permianan lebih berhati2 gamaknya :)

Hafiz Md said...

Moga2 semuanya berjalan lancar tapi insiden yg melampau.

Ada pro dan kontranya. Ambe setuju =)

Hisyam Muhibah said...

semua parti punyai strategi masing-masing, menjadikan politik dan pilihanraya MAlaysia sangat menarik..

Hisyam Muhibah said...

Insya-Allah, tak ada huru hara seperti yang digembar gemburkan..

Post a Comment

Powered by Blogger.