25 March, 2013

Ustaz Uthman El-Muhammady; Perginya Permata Ilmuwan


Berita kembalinya ke RahmatuLlah Ustaz Uthman El-Muhammady saya terima dalam WhatsApp selepas Maghrib tadi. Memang terkejut, tetapi perlu redha dengan ketentuan Allah yang memanggil hambaNya pulang ke pangkuan. Bagi yang masih hidup, keyakinan kita terhadap ketentuan ajal maut tetap kukuh. Selepas ini mungkin diri kita sendiri yang akan menyusul.

Secara peribadi, saya banyak mengikuti pengajian yang dipimpin oleh Allahyarham semasa menuntut di UIAM Gombak dahulu. Ternyata, Allahyarham konsisten dengan usaha mempertahankan aliran Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang kita amalkan di Malaysia. Kuliah bulanan Allahyarham yang diadakn di Anjung Rahmat, mengupas kitab Muqaddimah karya Ibnu Khaldun juga sangat mengesankan.

Kini Allahyarham sudah tiada. Pergi bersama ilmunya.

Menurut Sdr. Fahmi Shamsuddin, Presiden PKPIM, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid UIAM Gombak selepas Zohor esok dan dikebumikan di Tanah Perkuburan UIAM Gombak.

Semoga ruh Allahyarham akan dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

4 maklum balas:

Shaiful Zaidi said...

Al-Fatihah..pernah sekali bertemu Arwah di Masjid Taman Desa, Kuala Lumpur.

Hisyam Muhibah said...

Kita sama-sama rasa kehilangan Allahyarham

Nafisa81 said...

Al Fatihah..

Hisyam Muhibah said...

Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun

Post a Comment

Powered by Blogger.