02 April, 2013

Calon-Calon PRU13 Parlimen Raub


Trend mengumumkan calon-calon Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) lebih awal sebelum parlimen dibubarkan dilihat sudah menjadi amalan baru yang sihat dalam demokrasi Malaysia yang dinamik. Tentulah ada pro dan kontranya seperti yang diulas dalam entri sebelum ini. Setiap parti yang bertanding juga ada alasan tersendiri samada mahu mengumumkan awal atau menyimpan dahulu calon-calon mereka sehingga saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon.

Saya akan mengundi di Parlimen Raub dan DUN Tras.

Semalam, PR-DAP sudah mengumumkan calon mereka. Sebelum itu, BN-MCA pula sudah memilih calon mereka tetapi tiada pengumuman rasmi dilakukan lagi.

Menurut mStar Online hari ini yang boleh dibaca penuh di sini :
  1. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz telah diletakkan sebagai calon DAP bagi kerusi Parlimen Raub.
  2. Mohd Ariff akan berhadapan dengan Exco senior Pahang yang juga Adun Bilut, Datuk Hoh Khai Mun yang dijangka akan menggantikan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen bagi kerusi berkenaan.
  3. Adun Tras, Choong Siew Onn akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya.
Cuma yang tinggal ialah calon BN untuk kerusi DUN Tras sahaja yang masih belum ada cerita. Tunggu dan lihat lah dulu.

Selamat bertanding kepada calon-calon. Satu undi saya akan pergi kepada salah seorang daripada kamu.

2 maklum balas:

akuanakpahang said...

pilihlah calon yang logik dan jujur serta masuk akal. Pasti mempunyai latar belakang yang baik tanpa ada sebarang rekod buruk sebagai seorang peminpin.

Hisyam Muhibah said...

mengundi calon vs mengundi parti rasanya masih belum selesai.. kita serah kepada rakyat untuk buat keputusan.

Post a Comment

Powered by Blogger.