09 April, 2013

Relevankah 'Third Force' / Bebas Dalam PRU13?


Perubahan Politik yang diidamkan oleh rakyat Malaysia perlu dilihat sekali dengan proses Politik Perubahan. Selepas 5 tahun berlalu, ukuran yang dijadikan rujukan kepada Perubahan Politik danPolitik Perubahan tidak ditandakan dengan jelas. Ironinya, Perubahan Politik tidak diterima sebagai sesuatu yang progresif dalam Politik Perubahan yang dinamik.

Satu tanda paling ketara dalam Perubahan Politik ialah ke arah mewujudkan sistem dua parti yang seimbang dan sama kuat. Selepas PRU ke 12, dengan ternafinya majoriti dua pertiga, ini bermakna tiada parti yang mempunyai kuasa yang solid terutama untuk meminda perlembagaan dan menggubal undang-undang. Parti lawan pula hanya kekurangan sedikit sahaja bilangan kerusi dan boleh berperanan untuk semak dan imbang, check and balance dengan lebih berkesan.

Justeru, gerakan ke arah mewujudkan sistem dua parti yang seimbang dilihat agenda besar dalam Perubahan Politik Malaysia pada masa sekarang.

Namun, dalam PRU ke 13 yang akan berlangsung sedikit masa lagi, masih terdapat kelompok 'third force' yang cuba menonjolkan diri atau mengisytiharkan akan bertanding atas tiket bebas. Ini sama sekali mengganggu proses pembentukan sistem dua parti di negara ini. Apa sahaja matlamat mereka, ini sama sekali tidak menyumbang ke arah Perubahan Politik.

Setakat ini, ada 5 jenis 'third force' atau calon bebas yang sudah mengisytiharkan diri untuk bertanding :
  1. Arus Baru - tiket parti Berjasa tajaan ISMA yang mempromosikan calon Muslim berwibawa
  2. Niat Peribadi - Papagomo mahu bertanding bebas di Permatang Pauh
  3. Idealisme vs Batu Loncatan - calon GM13 di Pekan
  4. Calon Pro Rakyat / Aktivis Rakyat - CMK di DUN Teruntum
  5. Ahli PKR Terpinggir - calon-calon bebas ahli PKR di Parlimen Indera Mahkota, Parlimen Paya Besar dan DUN Lepar

1 maklum balas:

Nafisa81 said...

pengacau undi

Post a Comment

Powered by Blogger.