24 May, 2013

Bedah Buku : "Mendaki 2" Sarat Cerita Motivasi


Selepas memiliki boss besar yang baharu, kami semua di KIPSAS dihadiahkan sebuah buku berjudul 'Mendaki 2' yang ditulis sendiri oleh YH. Dato' Haji Yahya bin Zainal Abidin. Beliau merupakan mantan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang dan mula bertugas sebagai Presiden KIPSAS bermula pada 1 April 2013.

Buku setebal 153 muka surat ini sarat dengan cerita-cerita motivasi yang ditulis secara bersahaja tetapi sangat jitu dengan mesej-mesej motivasi dan pesan-pesan berguna. Cerita-cerita berdasarkan pengalaman penulis bermula sebagai seorang guru novis sehinggalah menjadi Pengarah Pelajaran ini akan meningkatkan motivasi pembaca untuk mengasah bakat kepimpinan, menggerakkan agenda 'teamwork' dalam setiap tugasan, bertindak dan bertindak serta sentiasa positif dengan apa sahaja tugasan yang diberikan.

Penulis sendiri telah membuat sebuah entri khas mengenai buku ini di dalam blognya sendiri iaitu Warisan Pesagi yang boleh dibaca lanjut di sini.

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.