13 June, 2013

Boikot Dewan Rakyat; Dua Sisi

sumber
Kehangatan PRU13 masih membara. Selepas sebulan berlalu, perbincangan mengenai PRU13 masih berlaku, analisis masih dibuat dan dibentang. Ini menunjukkan kesedaran dan ambil tahu yang semakin meningkat tinggi di kalangan rakyat Malaysia.

Dewan Rakyat dijangka akan bersidang pada 24 Jun 2013 yang diawali dengan sesi angkat sumpah. Sudah tentu sesi perbahasan dijangka akan lebih rancak dan berisi. Ini disebabkan kehadiran ahli-ahli dewan baru yang telah menunjukkan kualiti tersendiri semasa kempen PRU13 lalu. Ada juga ahli-ahli Dewan Rakyat sebelum ini yang tidak lagi menjadi ahli sebab kalah dalam PRU13 atau tidak dicalonkan semula. Ada juga ahli-ahli yang aktif dalam sidang lalu, sudah dinaikkan pangkat ke jawatan menteri, mungkin kurang sedikit terlibat dalam perbahasan selepas ini.

Kedengaran sekarang adalah usaha untuk boikot sidang Dewan Rakyat penggal ke 13 ini. Usaha ini sudah dilaksanakan semasa diadakan majlis taklimat parlimen baru-baru ini.

Di sisi pembangkang, boikot melambangkan protes. Protes kepada penipuan dan ketidaktelusan semasa PRU13 dilaksanakan. SPR bertanggungjawab sepenuhnya. Maka, anggota-anggota SPR perlu letak jawatan, jika tidak ahli-ahli parlimen pembangkang akan memboikot sidang ke 13 ini. Ini isyarat yang jelas bahawa pembangkang menolak keputusan PRU13 yang lalu.

Manakala, di sisi kerajaan pula, usaha boikot ini dilihat sebagai satu tindakan untuk memalukan negara Malaysia umumnya, dan memalukan Dato' Seri Najib secara khususnya. Mana pernah ada dalam sejarah Malaysia, ahli-ahli Dewan Rakyat memboikot sidang walaupun tewas dalam PRU. Tetapi, ini terjadi semasa pemerintahan PM sekarang. Kemudian, imej Malaysia akan buruk di mata dunia sehingga berlakunya campur tangan langsung negara luar. Lebih menyusahkan, pilihan raya kecil mungkin terpaksa dilaksanakan jika ahli-ahli pembangkang hilang kelayakan.

Terpulanglah untuk kita semua nilaikan situasi terbaru ini. Politik persepsi akan terus menguasai. Walau apa pun yang akan berlaku selepas ini, rakyat tidak harus menjadi korban.

4 maklum balas:

APAN said...

1st time mengundi...insyaallah next time lak :)

Al-Manar said...

Saya sudah melihat pilihanraya sejak Merdeka - lebih tepat yang satu sebelum Malaya diberi kemerdekaan.Bergantunglah kepada ummah Islam memberi sumbangan dengan apa daya - bukan dengan mencari kesilapan dan melaga lagakan sesama sendiri. Anak anak yang sedang membangun perlu keikhlasan kita memberi bimbingan, bukan untuk disemaikan dengan sifat mencari kesilapan orang - mencari kesilapan dengan bermusuhan. Tuan yang berada dimenara gading lebih arif.

Ini cuma satu pandangan sekadar berkungsi pendapat.

Hisyam Muhibah said...

tahniah, berperanan menyumbang ke arah pembangunan negara

Hisyam Muhibah said...

Entri ini saya cuba lihat titik pertengahan, seimbangkan kedua2 persepsi dari pihak penyokong parti kerajaan dengan parti pembangkang.

Apa yang penting, kita mahu demokrasi Malaysia semakin matang.

Post a Comment

Powered by Blogger.