24 June, 2013

Cebisan Mantera Terakhir; Pengkisahan Kehidupan Pawang Melayu


Novel terbaharu karya Hasanudin Md. Isa meneruskan komitmen penulisnya dalam menghasilkan karya-karya Islamik yang disulamkan di tengah-tengah polemik umat Melayu. Inilah kekuatan penulis ini seperti karya-karya sebelum ini; Mereka Yang Tertewas, Al-Abrar, Hirisan, dan lain-lain.

Cebisan Mantera Terakhir mengisahkan seorang pemuda bernama Jamin yang mahu menuntut bela di atas kematian bapanya, seorang pawang tersohor, yang disihir. Tetapi, niatnya jelas, menuntut bela bukan bermakna membalas dendam yang disebabkan api kesumat.

Ternyata dunia dan kehidupan pawang dan amalannya berjaya digarap dengan baik di dalam novel ini. Kaedah penyediaan bahan-bahan kepawangan juga dijelaskan dengan baik, zikir dan amalan yang bersumberkan agama, serta kisah kehidupan kekeluargaan umat Melayu sangat kental diceritakan pada setiap plotnya.

Ramuan santau miang, bisa & pedih, zikir-zikir pendinding & pelembut jiwa, serta kasih sayang kepada kawan dan lawan menjadi intipati novel hebat ini.

Cebisan Mantera Terakhir diterbitkan oleh ITBM, lihat di sini.
Senarai karya Hasanuddin Md Isa sebelum ini boleh dilihat di sini.
Sila tambah Hasanuddin Md Isa sebagai kawan di Facebook di sini.

3 maklum balas:

Shaiful Zaidi said...

salam..rajinnya baca buku

Hisyam Muhibah said...

penulis novel ni pak sedara saya, malulah kalau tak baca..

Unknown said...

Anda bingung mencari bandar terbaik dan terpecaya
mari bergabung bersama kami
kami bandar togel online terbaik dan terpecaya
ayo coba keberuntugan anda di sini
kami menyediakan permaianan

Togel dan DD48 red&blue

Telp : +85581569708
BBM : D8E23B5C
Line : togelpelandi
Skype: Togel Pelangi
Link: http://www.togelpelangi.com/

Post a Comment

Powered by Blogger.