04 June, 2013

Peraturan Gol Di Tempat Lawan; Memang Perit


Bukan hendak memanjangkan kisah duka, bukan hendak menolak keputusan perlawanan. Hakikatnya, memang perit untuk ditanggung oleh pasukan dan penyokong pasukan yang menjadi 'mangsa' kepada peraturan gol di tempat lawan. Keputusan sudah tercatat, Pahang gagal ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan Johor DT 2 - 1, namun tersekat kerana peraturan gol di tempat lawan.

Menurut Wikipedia BM, Peraturan Gol Di Tempat Lawan merupakan satu cara pemecah seri dalam bolasepak dan sukan lain apabila pasukan-pasukan bermain dua kali, sekali pada setiap tempat pasukan yang berlawan. Dengan cara ini, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol di tempat lawan akan menang sekiranya jaringan penuh adalah seri. Cara ini boleh dinyatakan bahawa gol di tempat lawan "dikira berganda" dalam satu perlawanan yang berkesudahan seri.

Penjelasan panjang lebar Wikipedia BI boleh dirujuk di http://en.wikipedia.org/wiki/Away_goals_rule .

Mungkin rezeki tidak menyebelahi pasukan Pahang. Boleh cuba lagi di tahun depan. Apa yang penting ialah kemampuan Pahang menjejakkan kaki ke peringkat separuh akhir sudah cukup membanggakan. Ini kerana musim 2013 adalah musim kebangkitan Pahang selepas musim lalu menjadi penghuni Liga Perdana sahaja.

Namun, Stadium Nasional Bukit Jalil itu bukanlah gelanggang sebenar 'tuan rumah' untuk Pahang kerana yang betul-betul 'tuan rumah' ialah di Stadium Darul Makmur.

2 maklum balas:

Mia Liana said...

go.. go.. go... johor... ;)

Hisyam Muhibah said...

all the best

Post a Comment

Powered by Blogger.