25 August, 2013

Penyakit Kencing Tikus dan Kepentingan Kebersihan

Penyakit kencing tikus atau leptospirosis nampaknya sudah menjadi agenda besar negara kita. Ini kerana kesan buruk daripada penyakit tersebut boleh menyebabkan kematian.

Berikut ringkasan mengenai penyakit kencing tikus dan data-data berkaitan negeri Pahang sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengarah Kesihatan Pahang dalam Utusan Malaysia.
  1. Bagi tempoh Januari - Ogos 2013, sebanyak dua kematian disebabakan kes jangkitan penyakit kencing tikus atau leptospirosis dilaporkan telah berlaku di negeri Pahang. Dua daerah tersebut ialah Bentong dan Kuantan.
  2. Kes yang dilaporkan ialah sebanyak 147 kes. Perincian kes mengikut daerah : Jerantut 26 kes, Maran (22), Temerloh (20), Kuantan (16), Lipis (15), Pekan (14), Raub (13), Bentong (7), Rompin (5) dan Cameron Highlands (5) dan Bera (4).
  3. Jangkitan penyakit tersebut boleh berlaku sekiranya seseorang terdedah kepada air, makanan atau tanah lembap yang dicemari kencing tikus.
  4. Bakteria leptospira ini lebih mudah memasuki tubuh manusia melalui mata, mulut dan luka yang berada di kulit.
  5. Setiap masyarakat bertanggungjawab untuk bersama-sama memusnahkan tikus bagi mengelakkan jangkitan ini.
  6. Orang ramai juga perlu mengelakkan aktiviti rekreasi air semasa dan selepas hujan ataupun pada musim banjir.
  7. Segera mendapatkan rawatan jika mempunyai tanda-tanda penyakit leptospirosis.
  8. Memaklumkan tentang aktiviti rekreasi seperti berkhemah, berenang, berkayak dan sebagainya atau pekerjaan berisiko kepada jangkitan. 
Kerajaan Negeri Pahang melalui PBT seluruh daerah sudah menggerakkan usaha untuk mengatasi punca penyakit ini. Kempen Kawalan Tikus dilancarkan dan imbuhan akan diberikan sebanyak RM2.00 bagi seekor tikus.

Bagi tindakan mikro kita di rumah sendiri, satu tindakan sahaja iaitu jagalah kebersihan. Sampah diuruskan dengan sempurna. Tingkatkan pengetahuan dan kesedaran kepada anggota keluarga. Libatkan diri dalam aktiviti gotong royong dengan komuniti

1 maklum balas:

humble.yat said...

wah menarik siap boleh claim lagi bagi setiap ekor...tapi sudah terlepas la pulak..

Post a Comment

Powered by Blogger.