09 October, 2013

Bedah Buku : "Tangisan Di Bumi Syria"



Terlalu lama tidak menulis entri-entri baru di blog ini. Mohon maaf kepada semua.

Entri kali ini sekali lagi kita bedah buku. Buku kali ini berjudul "Tangisan Di Bumi Syria". Ditulis oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri manakala Kata Pengantar ditulis oleh Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden ABIM. Walaupun buku ini ringkas dan tidak terlalu tebal, ianya cukup untuk menggambarkan keperitan yang ditanggung oleh rakyat Syria akibat kekejaman yang dilakukan ke atas mereka.

Bahagian pertama buku ini memaparkan artikel-artikel dan rencana yang diambil dari blog dan akhbar utama yang berkaitan rakyat Syria yang dizalimi. Bahagian kedua pula memaparkan gambar-gambar yang tentunya menyentuh hati dan perasaan. Seterusnya, pada bahagian ketiga memuatkan saranan penulis kepada kita semua mengenai isu rakyat Syria ini.

Antara lain kandungan buku ini seperti berikut :

  1. Penulis berpendapat sumbangan utama yang patut dihulurkan ialah wang ringgit bagi meringankan beban rakyat Syria untuk membeli perkara-perkara asas seperti makanan, ubatan, pakaian serta alatan untuk pembelajaran.
  2. Selain itu juga, sokongan dalam bentuk doa & munajat supaya mereka dapat hidup merdeka & bebas daripada cengkaman & belenggu kezaliman.
  3. Penulis juga memetik tulisan Presiden PAS yang mengulas mengenai Universal Declaration of Human Rights (UN) 1948 & Cairo Declaration on Human Rights in Islam (OIC) 1990 - sebagai bukti bahawa masyarakat dunia sepakat untuk mempertahankan Hak Asasi Manusia.
  4. Negara-negara yang menandatangani Deklarasi tersebut bersetuju bahawa tiada lagi mana-mana pihak yang boleh dizalimi, dinafikan haknya sebagai manusia .
  5. Tetapi perkara tersebut tidak berlaku dalam isu rakyat Syria kerana pihak yang menjuarai Hak Asasi Manusia sibuk menjaga kepentingan negara masing-masing & menjaga hubungan dengan Zionis.
  6. Semoga kegelapan yang sedang menimpa saudara kita di Syria akan berakhir dengan fajar yang menyinsing sehingga mereka memperolehi kedamaian di bumi berkat Syam.

2 maklum balas:

Khairul Zamri said...

bagus juga buku ini - terima kasih untuk ulasan

Hisyam Muhibah said...

Terima kasih kembali.

Post a Comment

Powered by Blogger.