14 October, 2013

Meneladani Kesabaran Pemuda Ismail

Tibanya Eidul Adha, pelbagai pengajaran boleh disingkap bersama supaya disemat di hati kita semua, diamal dalam kehidupan seharian. Daripada ibadah haji, hikmah ibadah korban hinggalah kepada peristiwa penyembelihan Ismail oleh bapanya Nabi Ibrahim.

Satu aspek yang hendak dikongsikan di dalam entri ini ialah sifat sabar yang ada pada Nabi Ismail a.s. Anak muda biasanya bersifat dengan sikap 'anti-establishment' atau sehingga ke tahap 'angry young-men' jika tuntutan atau keperluan mereka tidak dipenuhi.

Ini jauh berbeza dengan seorang anak muda bernama Nabi Ismail a.s selari pengiktirafan Allah kepadanya dalam ayat ke 101 surah As-Safaat :

"Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar."

Perintah sembelih yang diarahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Ibrahim a.s diterima untuk dilaksanakan dengan penuh ketaatan. Tanpa keraguan. Dibawa pula berbincang dan meminta pendapat anaknya pula. Selepas anaknya, Ismail memberikan lampu hijau keyakinan Ibrahim terus membulat.

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".













Menceritakan tentang kesabaran Nabi Ismail a.s, Sayid Qutb dalam Kitab Tafsir Fil Zilal menjelaskan:
  1. Ismail menerima perintah sembelih bukan semata-mata kerana taat dan menyerah diri semata-mata, malah disandari dengan redha dan yakin.
  2. perintah sembelih tidak membuatkan Ismail terkejut atau memberontak, jauh sekali hilang kewarasannya, tetapi akhlak mulia dan kasih sayang kepada bapanya jelas terserlah dalam kalimah "ya abati.." semasa memberikan jawapan kepada soalan bapanya.
  3. dapat menghayati perintah Allah yang telah diberikan kepada bapanya, perintah Allah perlu dilaksana tanpa perlu dibahaskan lagi atau ditangguh-tangguh, jauh sekali diragui
  4. meyakini Allah dan mengembalikan semula kepada Allah dalam kalimah "inysa-Allah..." yang diungkapkannya bahawa Allah jualah yang memberikan sifat kesabaran dalam dirinya.
Sifat Nabi Ismail a.s ini haruslah menjadi perhiasan dalam diri setiap anak muda belia Islam. Anak muda yang sabar yakin bahawa segala tugasan yang diberikan sudah tentulah ada manafaatnya jika dilaksanakan dengan penuh yakin dan sabar.

Ayuh, bersabarlah anak muda!


1 maklum balas:

Unknown said...

Anda bingung mencari bandar terbaik dan terpecaya
mari bergabung bersama kami
kami bandar togel online terbaik dan terpecaya
ayo coba keberuntugan anda di sini
kami menyediakan permaianan

Togel dan DD48 red&blue

Telp : +85581569708
BBM : D8E23B5C
Line : togelpelandi
Skype: Togel Pelangi
Link: http://www.togelpelangi.com/

Post a Comment

Powered by Blogger.