31 October, 2013

Minyak Masak Kitar Semula; Kami Mahu Penjelasan

Sumber Imej

Utusan Malaysia hari ini memaparkan di muka depannya laporan mengenai pendedahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai minyak masak yang dikitar semula dan dijual semula di pasaran. Hampir 90 peratus minyak masak di pasaran dipercayai hasil daripada kegiatan kitar semula minyak masak yang telah digunakan. PPIM meminta pihak kerajaan memandang serius perkara ini kerana boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

Menurut PPIM :
  1. penghasilan dan jualan minyak masak terpakai telah lama berlaku di negara ini serta merupakan satu industri yang besar.
  2. sebahagian besar minyak masak dikitar semula itu dijual dalam bentuk paket.
  3. pengusaha membeli minyak masak terpakai di restoran makanan segera untuk dikitar semula dan kemudiannya dicampur dengan minyak baharu.
  4. peniaga 70 buah restoran dan gerai makan di sekitar Kuala Lumpur menggunakan minyak masak kitar semula.
  5. status halal minyak masak itu juga meragukan kerana mungkin diambil daripada restoran bukan Islam.
  6. dari segi kesihatan minyak masak ini jika digunakan semula sebanyak tiga kali akan menghasilkan komponen radikal bebas yang boleh mengakibatkan kanser dan kerosakan hati.
Jadi, sebagai pengguna, kita mahukan penjelasan supaya perkara ini tidak terus membarah. Perkara-perkara yang perlu penjelasan lanjut :
  1. maklum balas daripada kementerian berkaitan samada perkara ini benar-benar berlaku.
  2. pendidikan berterusan ilmu kepenggunaan khususnya bahaya penggunaan minyak masak kitar semula.
  3. jika dibenarkan untuk dijual semula, perlu dilabelkan sebagai 'kitar semula' supaya pengguna membuat pilihan pembelian yang tepat.
  4. minyak masak kitar semula perlu dijual pada harga yang lebih murah.
  5. peniaga juga perlu memaklumkan kepada pengguna bahawa mereka menggunakan minyak masak baru atau kitar semula.
Apa lagi yang perlu kita pertahankan, jika tidak kehidupan yang sihat dan sejahtera.

5 maklum balas:

Shaiful Zaidi said...

Assalamualaikum...
Pengguna harus berwaspada agar tidak terbeli minyak yang dikitar semula.

Hisyam Muhibah said...

Waalaikumussalam.. persoalannya, bagaimana hendak bezakan minyak masak baru dengan yang dikitar semula..

Al-Manar said...

Kalau betul pihak berkuasa bertanggung jawab membetulkan keadaan. Sekurang kurangnya memberipenjelasan betul atau tidak

APAN said...

wow...mengejutkan gak tu...percentage tinggi tu. ingtkan minyak hitam moto je orang kitar semula...smpaikan minyak masak pun depa wat mcm tu...
sokong dngn saranan bro hisyam dlm entri ni...

Unknown said...

Anda bingung mencari bandar terbaik dan terpecaya
mari bergabung bersama kami
kami bandar togel online terbaik dan terpecaya
ayo coba keberuntugan anda di sini
kami menyediakan permaianan

Togel dan DD48 red&blue

Telp : +85581569708
BBM : D8E23B5C
Line : togelpelandi
Skype: Togel Pelangi
Link: http://www.togelpelangi.com/

Post a Comment

Powered by Blogger.