22 November, 2013

Jangan Buang Masa, Tugas Kita Lahirkan Lebih Ramai Ammar


20 hari sudah berlalu. Pemuda Syahid Ahmad Ammar sudah pergi selama-lamanya. Namun cerita dan perkongsian rasa mengenai anak muda ini nampaknya masih belum mahu berhenti. Jelas, Ammar kini milik ummat. Dia benar-benar hidup selepas kematiannya.

Asalnya, saya tidak menjangka Ammar akan menjadi fenomena sebegini rupa. Ini kerana sebagai anak salah seorang bekas Presiden ABIM, tentulah hanya warga WADAH-ABIM-PKPIM sahaja yang akan terkesan dengan pemergiannya. Ternyata, sangkaan saya itu meleset sama sekali. Setelah 'selesai' pusingan pertama memperingatinya di kalangan warga WAP, kini sekalian ummat pula menzahirkan apresiasi mereka kepada Ammar.

Nyata kini, Ammar milik ummat!

Ummat juga mahu menjadi seperti Ammar, memiliki anak sehebat Ammar.

Jalannya sudah ditunjukkan oleh abahnya, Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman dan isteri Pn. Nor Azlina. Yakin dengan usaha dan perjuangan dakwah menyebarkan mesej Islam. Infaqkan seluruh masa, tenaga dan harta untuk jalan Islam. Libatkan keluarga terutama anak-anak dalam dakwah. Rancang masa depan anak-anak supaya akan meneruskan kesinambungan perjuangan dakwah. Akhirnya, berserah dan bertawakkal kepada Allah SWT.

Ammar kini fenomena. Ammar kini inspirasi.

Jangan buang masa lagi, tugas kita untuk lahirkan lebih ramai Ammar.

1 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.