20 March, 2014

Susuli Ujian Kolektif Dengan Muhasabah Kolektif



Hidup ini penuh ujian. Ujian diberikan untuk menilai diri seseorang sejauh mana dia mampu untuk menghadapi ujian tersebut. Jika berjaya diatasi maka akan meningkatlah setakuk lagi harga diri.


Ada juga ujian yang bukan berbentuk individu, ianya ujian kolektif. Satu kelompok yang diuji. Atau satu negara perlu hadapinya. Tujuannya sama, untuk menilai seluruh anggota dalam kelompok atau negara itu mampu untuk atasinya bersama-sama.

Selepas tragedi banjir besar di Kuantan, Kemaman dan tempat-tempat lain pada Disember lalu, kita diuji dengan cuaca ekstrim kering dan kemarau. Daripada air yang melimpah ruah sehingga terjadi banjir besar, kita dapati air semakin  berkurang di sungai dan empangan.

Diikuti pula dengan jerebu yang melanda lagi umpama sudah menjadi  jadual tetapnya untuk berlaku. Bezanya kali ini tidak disebabkan oleh pembakaran ladang dari negara jiran, ianya datang dari dalam  negara sendiri.

Kancah politik negara juga adalah ujian. Langkah Kajang yang dilancarkan dalam pilihan raya kecil DUN N25 Kajang dilihat sebagai 'booster' untuk menyegerakan Rekonsiliasi Nasional. Namun, tersekat lagi dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak keputusan Mahkamah Tinggi. Maka, yang dilepaskan sebelum ini kembali disabitkan. 

Kurang 24 jam selepas Mahkamah Rayuan bersidang sehingga jam 7.00 malam, ujian datang lagi dengan kehilangan pesawat MAS MH370. Seluruh dunia bertumpu ke Malaysia untuk melihat bagaimana negara kita mengurus krisis ini. Spekulasi dan teori mewarnai operasi yang sudah masuk hari ke 13. Emosi dan doa terus menjadi pelengkap cerita.

Dalam pada kita masih gelisah dengan kehilangan MH370, ujian datang lagi dengan kematian anak muda dalam konsert hedonisme melampau disebabkan overdose dadah dan alkohol. Konsert yang dikaitkan sebagai produk pelancongan itu terus mendapat kritik daripada banyak pihak.

Kita semua menghadapai ujian yang sama. Kita semua perlu hadapinya bersama-sama. Maka, muhasabah paling sesuai selepas ujian dihadapi. Selepas kita harungi ujian kolektif ini, eloklah kita bermuhasabah secara kolektif juga.

1 maklum balas:

Unknown said...

Anda bingung mencari bandar terbaik dan terpecaya
mari bergabung bersama kami
kami bandar togel online terbaik dan terpecaya
ayo coba keberuntugan anda di sini
kami menyediakan permaianan

Togel dan DD48 red&blue

Telp : +85581569708
BBM : D8E23B5C
Line : togelpelandi
Skype: Togel Pelangi
Link: http://www.togelpelangi.com/

Post a Comment

Powered by Blogger.