09 April, 2014

Jika Tidak Ikut Membina, Jangan Terlibat Untuk Meruntuh

Seakan tiada kesudahan faham hedonisme di negara kita ini. Semakin banyak dianjurkan parti-parti berkiblatkan hedonisme demi memenuhi permintaan untuk hidup santai dan mati rasa. Terbaharu, kita didedahkan dengan rancangan untuk mengadakan Topless Beach Party di sebuah kelab di ibu kota.

Masih lagi segar dalam ingatan kita bahawa satu festival muzik atas nama program perlancongan di Bukit Jalil menyebabkan kematian anak-anak muda. Kematian disebabkan pengambilan dadah dan alkohol yang berlebihan. Selepas itu terdengar pula rancangan untuk mengadakan parti kolam renang di Johor. Parti itu kemudiannya dibatalkan.

Kita sokong pihak berkuasa yang menggunakan tangan-kuasa mereka untuk menghalang dan mencegah kemungkaran ini. Menurut DBKL, tentu sahaja ditolak jika dipohon oleh penganjur. Justeru, penganjuran parti ini tidak dimaklumkan kepada DBKL. 

Dalam pada kita sedang menuju negara maju kurang 7 tahun dari sekarang, rakyat perlu dipersiapkan jati diri mereka. Kita mahu maju dengan acuan dan budaya kita sendiri. Rakyat dan generasi muda dibangunkan jiwa mereka supaya tahu dan sedar peranan mereka apabila generasi mereka menjadi 'front-liner' negara maju bernama Malaysia.

Tetapi, jika anak muda terus-terusan disogok dengan agenda bebal merosakkan minda dan jiwa mereka atas nama hiburan dan keseronokan, apa lagi yang tinggal kepada kita? 

Justeru, jika tidak ikut dalam usaha membina dan membangunkan generasi muda dan rakyat demi masa depan negara, janganlah pula terlibat untuk menggagalkan segala usaha murni, meruntuhkan jati diri pemimpin masa depan negara.


1 maklum balas:

Unknown said...

Anda bingung mencari bandar terbaik dan terpecaya
mari bergabung bersama kami
kami bandar togel online terbaik dan terpecaya
ayo coba keberuntugan anda di sini
kami menyediakan permaianan

Togel dan DD48 red&blue

Telp : +85581569708
BBM : D8E23B5C
Line : togelpelandi
Skype: Togel Pelangi
Link: http://www.togelpelangi.com/

Post a Comment

Powered by Blogger.