19 June, 2014

Bedah Buku : Ahmad Ammar, Tarbiyah Sesudah Kematian


Pagi ini selepas menghabiskan bacaan buku Ahmad Ammar, Tarbiyah Sesudah Kematian, tidak lengkap rasanya hari ini jika tidak mencatatkan pengajaran dan ibrah yang perlu digali daripada buku ini. Apatah lagi dengan Fenomena Ammar yang masih membara di seluruh negara. Termasuklah selepas kami menganjurkan Bicara Inspirasi Ammar Peringkat Negeri Pahang pada bulan Mei lalu.

Video yang dihasilkan oleh GPTD - Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993-2013) diulang tonton untuk menyubur inspirasi, menggerak minda, menyusun perancangan. Alunan seruling ney itu sungguh menggegarkan jiwa.

Mari kita bedah buku ini setakat yang termampu. Buku ini disusun oleh Mejar (B) Mohammad Qayyum A.Badaruddin. Beliau seorang perunding motivasi yang giat menulis buku-buku motivasi dan menganjurkan program-program latihan dan motivasi. Buku ini dianggap buku rasmi kedua selepas buku Cerita Cinta Ahmad Ammar yang dijadikan iringan dalam program Jelajah Inspirasi Ammar ke seluruh negara.

Buku ini mengumpulkan catatan-catatan yang dihasilkan daripada pengisian yang disampaikan oleh kedua-dua ibu bapa Ammar iaitu Hj. Ahmad Azam dan Pn. Nur Azlina dalam program-program di seluruh dunia. Pengisian mengenai Ammar ini merangkumi topik Wawasan Ummatik yang diterapkan pada jiwa anak muda bernama Ammar serta akhlak yang ditonjolkan oleh Ammar kepada keluarga, guru, sahabat, jiran dan ummah seluruhnya.

Berikut beberapa isi yang boleh dikongsi bersama :
  • Ammar membesar dengan inspirasi keluarga bagi menjadi pejuang agama yang memenuhi impiannya sendiri serta impian ayahnya untuk mencontohi Sultan Muhammad Al-Fatih.
  • Wawasan Ummatik ayahnya itu adalah untuk mewaqafkan sosok tubuh Ammar kepada ummat tanpa memikirkan kerjaya selepas pengajian, maka Allah memudahkan segala urusan.
  • Watak sahabat Nabi bernama Abu Ayyub Al-Ansori juga menjadi inspirasi dan dianggap sebagai penunjuk jalan supaya terus kekal dalam jalan yang dipilih.
  • Peranan Madrasah Hayrat sangat berkesan untuk membina kerohanian yang kental dalam diri Ammar. Di sana dia mempelajari Risalah An-Nur tulisan Badiuzzaman Said Nursi yang merupakan kitab tafsir Quran bertema bagi meransang rakyat Turki dalam mempertahankan akidah dan Islam.
  • Ternyata selepas menguasai Risalah An-Nur selama 8 bulan sahaja, transformasi telah berlaku dalam diri Ammar. Ini dapat dilihat dalam catatan-catatan dalam buku nota beliau.
  • Semangat untuk menjadi pengkaji tamadun sangat kuat dalam dirinya. Dalam apa jua kesempatan dia mengembara untuk mempelajari dari tempat yang dilawatinya. Syria, Kemboja, Indonesia adalah antara negara yang sempat dilawatinya.a

3 maklum balas:

humble.yat said...

Sya masih belum beli lagi buku ini.Insha Alalh ,lepas ini akan beli sebb tertarik dengan transformasi Ammar slps baca Risalah An Nur..tq for sharing..:-)

Hisyam Muhibah said...

humble.yat - menurut ayah Ammar, transformasi itu boleh dilihat dalam catatan-catatan dalam buku notanya selain daripada beberapa posting dalam akaun FBnya beberapa minggu sebelum Ammar meninggal dunia. Akaun FB asal arwah sedang dipopularkan semula oleh ahli keluarganya.

Al-Manar said...

Would you not consider writing date on each of your posting to facilitate visitors determining how old a posting is ? Strange enough the comments are dated. You have interesting subjects to read.

Post a Comment

Powered by Blogger.