16 June, 2014

Perbuatan 'World Class' Dalam World Cup

Rasanya tidak lengkap pagi ini jika tidak menyebarkan seluas-luasnya gambar ini. Gambar ini menceritakan mengenai penyokong-penyokong negara Jepun yang membersihkan kawasan tempat duduk mereka selepas menonton dan menyokong pasukan mereka dalam World Cup 2014 Brazil.

Gambar menceritakan segala-galanya tanpa menipu.

 

Komen-komen yang diterima daripada twit-pic ini juga memuji sikap penyokong-penyokong negara matahari terbit tersebut.


Justeru, marilah sama-sama kita contohi mereka. Amalan kebersihan diberikan perhatian tinggi dalam kehidupan. Tentu sahaja perbuatan ini sudah menjadi sebati dalam kehidupan mereka seharian.

Mereka melakukan perbuatan yang "World Class" di dalam pertandingan bolasepak World Cup.

2 maklum balas:

Nafisa81 said...

Kalaulah malaysia pun boleh praktikkan perkara yang sama....ni tidak...tgk saje di mana mana tapak pasar malam..pasar minggu selepas selesai aktiviti jual beli. ..
melaut sampahnya..

Hisyam Muhibah said...

Nafisa81 -- jauh lagi orang kita ni nak buat macam tu. kena ubah budaya hidup..

Post a Comment

Powered by Blogger.